Petition for the 2021 Bersatu Games | Bersatu Games 2021 Petisyen

Petition for the 2021 Bersatu Games | Bersatu Games 2021 Petisyen

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!

Aliya Rosli started this petition to Ministry of Higher Education Malaysia and

We, the undersigned Malaysian students and alumni of New Zealand tertiary institutions, petition the High Commission of Malaysia in Wellington, New Zealand to allow and support the hosting, organising and commencement of the 2021 Bersatu Games.

Following the cancellation of 2020 Bersatu Games due to the impact of COVID-19 pandemic, we believe it is now more crucial than ever for the Games to continue to be held in 2021. It could stand as a beacon of hope for the Malaysian university students and alumni in New Zealand who have, and still are going through troubled times. We are all made up of individuals who have gone through the struggles of adjusting to online lectures and examinations, cancellations after cancellations of graduation ceremonies, the anxiety felt over the current outbreaks in Malaysia and the rest of the world, being separated from friends and families for an extended amount of time, and not having the privilege to travel and experience New Zealand as how all international students should.

The physical, mental and emotional turmoil the year 2020 has brought to a vast majority of us means that the Games could be one of the only few good things happening during the period of 2020/2021. 

Having the long-standing tradition of the Bersatu Games this year would make a world of difference for the Malaysian students and alumni. We need to regain our sense of normalcy and to have something to look forward to in the near future - rekindling and sparking new bonds of friendships with fellow Malaysians, contesting in the sports we love, improving our mental and physical wellbeing in the process and using the organisation and preparations of the 2021 Bersatu Games as a sanctuary from the current turbulent environment we’re all experiencing.

Based on the above statement, we hereby plead for the High Commission of Malaysia in New Zealand to assist and support us through any means possible to make the 2021 Bersatu Games happen this year.

_______________________________________________________________________

Kami, pelajar dan siswazah institusi pengajian tinggi di New Zealand yang bertandatangan di bawah, mengemukakan petisyen kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Education Malaysia New Zealand untuk membenarkan dan menyokong penganjuran Temasya Sukan Bersatu 2021.

Berikutan pembatalan Temasya Sukan Bersatu 2020 yang disebabkan oleh wabak COVID-19, kami percaya temasya sukan ini lebih wajar dan lebih penting untuk diadakan pada tahun 2021 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia boleh menjadi tonggak harapan bagi pelajar dan siswazah Malaysia di New Zealand yang telah dan masih melalui cabaran-cabaran yang berpunca dari wabak tersebut. Kami semua terdiri dari individu yang terpaksa melalui cabaran-cabaran seperti membiasakan diri dengan kuliah dan peperiksaan atas talian, pembatalan upacara-upacara graduasi, khuatir dan gelisah dengan keadaan semasa di Malaysia dan seluruh dunia di mana wabak COVID-19 masih menular, terpisah dengan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk jangka masa yang panjang dan tidak berkesempatan untuk menjelajah dan mencari pengalaman di New Zealand seperti yang seharusnya dilakukan oleh pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Pergolakan fizikal, mental dan emosi yang dirasai sepanjang tahun 2020 bermaksud Temasya Sukan Bersatu 2021 boleh dianggap antara satu-satunya perkara baik yang berlaku dalam tempoh 2020/2021.

Temasya Sukan Bersatu adalah tradisi lama yang sangat bermakna bagi pelajar dan siswazah Malaysia di New Zealand. Mempunyai acara yang dinanti-nantikan dalam masa terdekat akan banyak membantu kami untuk kembali kepada normalisasi hidup. Sebagai contoh, temasya ini membolehkan ikatan persahabatan sesama rakyat Malaysia untuk dibina, pelajar dan siswazah dapat bertanding dalam sukan yang diminati, kesejahteraan mental dan fizikal dapat ditingkatkan dan persiapan Temasya Sukan Bersatu 2021 boleh digunakan untuk mengalih tumpuan dari situasi semasa pandemik COVID-19.

Berdasarkan penyataan di atas, kami dengan ini meminta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Education Malaysia New Zealand untuk membantu dan menyokong kami dengan apa-apa cara sekalipun untuk menjayakan Temasya Sukan Bersatu 2021 sebaik mungkin.

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!