Permohonan untuk menyerap semua pegawai kastam contract for service di JKDM

Permohonan untuk menyerap semua pegawai kastam contract for service di JKDM

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Voice of Graduates started this petition to Ministry of Finance Malaysia and

Adalah dimaklumkan bahawa  permohonan  ini  adalah untuk  pertimbangan dan kelulusan Ministry Of Finance (MOF ) bagi penyerapan sebanyak 200 orang pegawai kontrak lantikan secara 'contract for  service' yang telah berkhidmat sepanjang tempoh  September 2019 hingga Disember 2020 di seluruh negara. 

Tambahan pula,Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih dibelenggu dengan kekurangan pegawai yang mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan , perundangan , teknologi maklumat dan bidang-bidang lain.Kesemua pegawai Kontrak JKDM mempunyai Ijazah / Sarjana Muda dalam bidang- bidang tersebut.Kesemua pegawai Kontrak JKDM juga mempunyai pengalaman berkerja dalam JKDM yang turut menyumbang kepada pengesanan hasil Bill Of Demand (BOD) berjuta-juta.

Seterusnya kadar pengangguran di Malaysia sehingga Oktober 2020 telah meningkat kepada 4.7 % iaitu paling tertinggi dalam 27 tahun disebabkan oleh pandemik Covid 19 yang turut  memberi kesan negatif kepada kami untuk menyokong keluarga kami.Kami juga akan turut serta dalam kategori pengangguran Malaysia.Kerajaan juga dapat mengurangkan kos pengambilan penjawat awam  baru sekiranya pegawai kontrak JKDM diserap sebagai pegawai status tetap semula.

Oleh itu,kami mohon pihak kerjaaan mengambil tindakan terhadap isu isu yang telah dibangkitkan di atas.Sekian terima kasih.

 

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!