MEWARTAKAN KAMPUNG SUNGAI PENCHALA SEBAGAI KAMPUNG WARISAN

MEWARTAKAN KAMPUNG SUNGAI PENCHALA SEBAGAI KAMPUNG WARISAN
Why this petition matters
Sudah tiba masanya Kg Sg Penchala diwartakan secara rasmi sebagai "KAMPUNG WARISAN" bagi mengelakan dari terus dihambat projek pembangunan puluhan tingkat dan bagi mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah kampung yang telah wujud sejak lebih 130 tahun.
Mengkaji semula untuk membuat 1 garis panduan bagi projek-projek pembangunan yang hendak dilaksanakan secara komersial di dalam kawasan Kg Sg Penchala agar ianya selaras dengan konsep sebagai "KAMPUNG WARISAN".
Akibat tidak diwartakan secara rasmi maka kita melihat Kg Sg Penchala dihambat dengan pelbagai projek pembangunan melebihi 6 tingkat walaupun sebelum ini secara percakapan tidak boleh dinaikan bangunan melebihi 6 tingkat.
Segala projek sama ada diusahakan oleh pemilik tanah sendiri atau secara usahasama perlu mematuhi segala syarat dan peraturan di bawah Enekmen Rizab Melayu memandangkan tanah Kg Sg Penchala adalah Tanah Rizab Melayu.
Bagi meralisasikan hasrat mewartakan Sungai Penchala sebagai " KAMPUNG WARISAN" maka kami mohon mencadangkan kepada Menteri di Kementerian Wilayah, Ketua Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Datuk Bandar DBKL supaya permohonan ini dapat dipertimbangkan untuk kelulusan.