1,000,000 Rakyat Malaysia Mahu Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran Melepaskan Jawatan!

0 have signed. Let’s get to 5,000!


Kuala Lumpur, 29 Julai  : Semalam, Menteri Sumber Manusia, merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. KULA SEGARAN mendakwa ucapan beliau telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.

Beliau merujuk kepada laporan Utusan Malaysia pada 27 Julai 2018 dan dakwaan-dakwaan di media sosial yang telah menuduh beliau membuat kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di Malaysia manakala kaum India merupakan penduduk asal negara ini.

Walaubagaimanapun, kenyataan Kula Segaran ini bercanggah dengan transkrip terjemahan ucapan beliau yang telah disediakan oleh seorang aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar .

Berikut merupakan transkrip terjemahan yang disediakan Kiridaren:

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini? 2500 tahun lalu.

Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.

Tapi, kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.

Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita. Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.

Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” –  M. Kula Segaran 

Berikut adalah video ucapan Kula Segaran itu sendiri di satu majlis tertutup bersama penyokong berbangsa India. https://youtu.be/FzkyIYrwxbM

Video kredit: MyNewsHub 

Walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh beliau pada 30 Julai 2018, namun kami mendapati permohonan maaf itu sekadar melepaskan batuk di tangga dan dibuat semata-mata untuk menutup rasa tidak puashati agar dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Ini bukan kali pertama individu berkepentingan dan berkaitan politik seperti beliau mencetuskan ketegangan kaum seperti ini. Walaupun permohonan maaf telah dibuat, mereka seolah-olah merasakan rakyat Malaysia adalah orang yang pemaaf dan mudah diperkotak-katikkan dengan kenyataan-kenyataan seperti ini. Oleh kerana M. KULA SEGARAN telah mencetuskan rasa tidak puashati dan ketegangan kaum dikalangan rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Melayu khasnya, seluruh rakyat Malaysia mendesak agar beliau melepaskan jawatannya. Beliau tidak layak memegang jawatan itu. 

 



Today: Elmiza is counting on you

Elmiza Kamarulzaman needs your help with “Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran: 1,000,000 Rakyat Malaysia Mahu Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran Melepaskan Jawatan!”. Join Elmiza and 4,841 supporters today.