Penggunaan jenama yang tidak sesuai oleh pengeluar non-Muslim mengelirukan pengguna Muslim

0 telah menandatangani. Mari kita ke 500.


Di England, sebagai contoh, pengguna dilindungi oleh Consumer Protection Act 1987, akta yang digubal khusus untuk melindung pengguna serta memberi mereka hak apabila membeli barangan dan perkhidmatan. Pengilang dan pengeluar diwajibkan memberi penjelasan yang tepat dan lengkap tentang produk mereka serta kesan sampingan yang mungkin dihadapi pengguna.
.
Akta ini turut melindungi pengguna secara khusus dari penipuan, jenama dan iklan yang mengelirukan; juga liabiliti produk. Di Malaysia pun pasti ada akta yg sama maksudnya untuk melindungi para pengguna.

Penjenamaan menggunakan nama-nama serta istilah berkaitan Islam oleh pengeluar non-Muslim adalah amat mengelirukan. Perkara sebegini perlu segera dibendung.
.
Namun nyata ianya dibenarkan berleluasa sehingga kini. Nama yang berkaitan agama seperti masjid dan bilal dibiarkan diguna sebagai jenama untuk produk-produk TIDAK SAHIH halal oleh pengeluar non-Muslim dengan cara yang MENGELIRUKAN.
.
Pihak yang berwenang (agama dan perdagangan) perlu segera mengambil langkah-langkah wajar untuk mempastikan pengguna Muslim tidak terbeli produk-produk yang SYUBHAH kerana Islam menuntut penggunaan produk yang halal dan thoyyib. In sya Allah.