Mansuh EVP dan Puspakom untuk Kereta E-Hailing

Mansuh EVP dan Puspakom untuk Kereta E-Hailing

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Hazizul Samat started this petition to Menteri Pengangkutan and

Sehubungan pelaksanaan peruntukan dibawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) yang dikuatkuasakan pada 1hb April, 2019 yang mewajibkan pemandu dan bakal pemandu  kenderaan persendirian E-Hailing untuk menduduki kursus Latihan Memandu E-Hailing, lulus dan mendapatkan lesen memandu Kelas Vokasional (PSV) dan mewajibkan kenderaan berumur 3 tahun untuk mendapatkan Electronic Vehicle Permit (EVP) dan juga melalui pemeriksaan kenderaan di Puspakom: 

Kami pemandu pemandu kenderaan persendirian e-hailing melalui kesukaran apabila undang undang ini dikuatkuasakan dan  meminta Menteri dan Kementerian Pengangkutan memansuhkan keperluan bagi kenderaan persendirian untuk mendapatkan permit EVP dan juga melalui pemeriksaan Puspakom. Ini adalah kerana:

  • Kesukaran untuk mendapatkan tarikh pembaharuan dan/atau tamat cukai jalan, insuran dan tarikh pemeriksaan Puspakom pada satu tarikh yang sama,
  • Keperluan untuk pemandu untuk menjalani kursus PSV mempunyai lesen memandu kenderaan pengangkutan awam (PSV) sudah cukup memadai
  • Keperluan kenderaan mempunyai insuran tambahan E-Hailing sudah cukup mencukupi untuk melayakkan kenderaan memberi khidmat E-hailing

Pemansuhan dan Pembatalan keperluan EVP dan pemeriksaan Puspakom dapat membantu kelancaran pemandu pemandu E-Hailing yang berdaftar  di mana mana syarikat EHO untuk mencari pendapatan.

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!