MENGGESA MENTERI PENDIDIKAN SUPAYA MENUTUP SEKOLAH BERIKUTAN KES YANG MENDADAK

Victory

MENGGESA MENTERI PENDIDIKAN SUPAYA MENUTUP SEKOLAH BERIKUTAN KES YANG MENDADAK

This petition made change with 122 supporters!
MAJLIS TINDAKAN RAKYAT MALAYSIA started this petition to MENTERI PENDIDIKAN, YBMK SENATOR DATUK RADZI MD JIDIN

Assalam YBM Datuk,

 

 

 

 

 

 

 

Pertamanya, saya mendoakan agar YBM Datuk sihat wal'afiat. Tujuan saya menulis beberapa pesanan, ialah berkenaan isu mutakhir yang berlaku di negara kita.

 

 

 

Ialah berkenaan dengan cadangan untuk YBM Datuk selaku Menteri Pendidikan, untuk menimbal balik keputusan merangka tarikh penutupan sekolah/cuti sekolah yang telah diumumkan semalam bertarikh : 26 April 2021 (Isnin).

 

Saya bercadang agar tarikh cuti persekolahan itu dipercepatkan lagi pada 4 Mei 2021 (Selasa) bagi tujuan mempercepatkan lagi cuti persekolahan supaya memberi pelajar dan guru bersedia menghadapi PDPR yang akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri dan bagi tujuan menambah cuti Hari Raya Aidilfitri.

 

Juga berkaitan dengan kes yang mendadak terutamanya di Selangor sudah mencapai angka 1 ribu, ianya menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa pelajar. 

 

Saya juga mencadangkan agar supaya tidak mengikuti takwim tarikh cuti sekolah dan segera menutup sekolah pada 4 May 2021 (Selasa) berikutan memberi pelajar untuk bersedia menghadapi pembelajaran di rumah. Juga melibatkan kes yang berlaku sekarang amat membimbangkan. 

 

Dengan budi bicara YBM Datuk, saya berharap agar difahami kebimbangan ibu bapa semasa kes yang semakin berjangkit dan terus meningkat, saya harap YBM Datuk mengambil peduli akan cadangan ini.

 

 

Oleh itu, saya memohon keizinan supaya dipercepatkan respon dan pengumuman berkenaan ini kepada rakyat.


Kami juga menggesa untuk Menteri segera menutup sekolah tanpa mengikut tarikh takwim cuti sekolah berikutan kes yang mendadak terutama di Selangor.


Jasa baik Menteri amat saya hargai.

 

Akhir sekali,saya mendoakan agar KPM di bawah kepimpinan YBM Datuk akan terus unggul dan cemerlang serta mencapai aspirasi dan manifestasi pendidikan yang gemilang.

 

 

Saya akhiri dengan Assalamualaikum,

 

 

Sekian,

 

 

 

Rakyat Malaysia.

 

Victory

This petition made change with 122 supporters!

Share this petition