Menghadkan jualan minuman beralkohol di kedai khas sahaja

0 have signed. Let’s get to 150,000!


1.      Arak atau minuman beralkohol seperti beer, vodka, brandy dan lain lain arak menyebabkan berbagai penyakit seperti radang hati, radang pankreas dan berbagai kanser. Arak juga penyebab kemalangan jalan raya. Pengunaan arak yang kronik dan berlebihan dikalangan keluarga yang berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan keluarga untuk makanan, buku dan keperluan asas yang lain.

 2.      Meminum arak atau terbabit dengan arak  dilarang dikalangan orang Islam. Larangan bukan terhad kepada minum arak malah mengangkat, menyimpan , mengatur, mengemas, dan menjual juga dilarang. Arak tidak dilarang dikalangan bukan Islam

 3.      Pada masa ini arak dijual secara meluas di kedai runcit, kedai 24 jam dan di hypermarket. Insiden keenganan penjaga kaunter Muslim untuk menjual arak kepada pelangan bukan Muslim akan menimbulkan ketegangan dan boleh melarat menjadi lebih serius.

 4.      Saranan menteri Agama  di Jabatan Perdana Menteri menasihatkan pekerja Islam tidak bekerja ditempat menjual arak adalah satu bentuk diskriminasi. Ini akan menutup peluang pekerjaan di kedai runcit 24jam, kedai hypermarket dan lain lain premis.

 5.      Dicadangkan penjualan semua jenis arak tidak dibenarkan dikedai runcit atau kedai hypermarket. Arak dijual dikedai khas sahaja. Masyarakat bukan Islam  masih boleh membeli minuman arak. Pekerja Islam  tidak lagi terpaksa mengendali dan menjual arak. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan lebih harmoni, hormat menghormati dan negara menjadi lebih aman.

 

 



Today: imran is counting on you

imran abdul khalid needs your help with “menteri agama malaysia.: Menghadkan jualan minuman beralkohol di kedai khas sahaja”. Join imran and 87,620 supporters today.