MENDESAK TEKANAN KERAJAAN PUSAT KEATAS KERAJAAN KELANTAN ISU ORANG ASLI TEMIAR GUA MUSANG

0 have signed. Let’s get to 5,000!


PETISYEN MENDESAK CAMPUR TANGAN KERAJAAN PUSAT (PH) KHUSUSNYA KEMENTERIAN TERKAIT BERKENAAN ISU PRIBUMI ORANG ASLI DI GUA MUSANG.

.

Sekian lama isu hak Orang Asli Gua Musang di Kelantan sekadar menjadi 'mainan politik’ yang panjang. Namun sinar baharu seakan hadir apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pada PRU14 yang lalu. Pun begitu belum ada langkah drastik dari kerajaan PH untuk benar-benar memberi impak terhadap penindasan yang dilakukan kerajaan Kelantan terhadap Orang Asli Suku Temiar di Gua Musang.

.

Mewakili ARMADA (PEMUDA BERSATU) MALAYSIA, Biro Pendidikan ARMADA Nasional, Parti Pribumi BERSATU Malaysia memohon sokongan rakyat dan warganegara Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi membantu masyarakat Pribumi Suku Temiar di Gua Musang supaya langkah yang lebih drastik akan diambil oleh kerajaan PH terhadap kerajaan Kelantan sebagai contoh antaranya menarik kembali Royalti Minyak yang dijanjikan. Ini juga agar dapat membangkitkan kesedaran masyarakat Kelantan agar turut sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka sebagai contoh.

.

Andai ‘ADA PILIHAN LAIN SELAIN MENYEKAT’ Royalti Minyak di Kelantan yang mampu dilakukan, rakyat Malaysia memohon untuk kerajaan pusat mengambil tindakan tersebut segera agar kerajaan negeri Kelantan mempelajari hakikat bahawa mereka bukan sahaja telah menidakkan hak suku pribumi Temiar, malah telah merosakkan alam yang diamahkan Tuhan dan turut menjadi sumber kehidupan Orang Pribumi Suku Temiar di Gua Musang sehingga menyaksikan kehidupan pribumi di sana merintih dek ekosistem yang terjejas! Bukan itu sahaja, pembalakan haram dan penanaman Musang King yang membawa keuntungan kepada cukong dan kerajaan kapitalis Kelantan ini turut menyaksikan kubur nenek moyang dan penempatan pribumi Temiar ini dihancurkan dan merupakan penghinaan yang besar dari sudut manusiawi ke atas pribumi Temiar!

.

Bagi membaca lanjut mengenai pengalaman Exco Pendidikan ARMADA (MOHD ASHRAF MUSTAQIM)  bersama pribumi Temiar, bolehlah melihat pautan berikut;

.

.

"MEMOHON TANDATANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERSOLIDARITI DAN MENYOKONG PETISYEN BAGI KERAJAAN PH CAMPURTANGAN ANTARA LAIN TURUT MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA KERAJAAN KELANTAN AGAR KERAJAAN KELANTAN TERKESAN DENGAN  PERLAKUAN MEREKA."

.

Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir 

Exco ARMADA Nasional (BERSATU)

.

p/s: Petisyen melalui Exco Pendidikan ARMADA Nasional bagi pihak ARMADA Nasional, Parti Pribumi BERSATU Malaysia.



Today: Mohd Ashraf Mustaqim is counting on you

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir needs your help with “MENDESAK TEKANAN KERAJAAN PUSAT KEATAS KERAJAAN KELANTAN ISU ORANG ASLI TEMIAR GUA MUSANG”. Join Mohd Ashraf Mustaqim and 3,117 supporters today.