Petition Closed

PETISYEN BANTAHAN PROJEK MRT LALUAN 2 JAJARAN SG BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA

This petition had 175 supporters


MEMOHON PENGUBAHAN KEPADA PELAN CADANGAN UNTUK LALUAN MRT2 JAJARAN SG BULOH – SERDANG – PUTRAJAYA (MRT2 SSP) YANG AKAN MELALUI PETRON SRI DAMANSARA 1, LOT PT 9179 & 9180, PERSIARAN DAGANG DI BANDAR SRI DAMANSARA SUPAYA MENGGUNAKAN LALUAN YANG LEBIH SESUAI
 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perlara di atas.

Terlebih dahulu ingin saya nyatakan sokongan saya terhadap projek MRT yang diusahakan hasil inisiatif Kerajaan bagi menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang lebih effisyen sejajar dengan hasrat Kerajaan menuju ‘Wawasan 2020’.

Namun demikian, pelan cadangan untuk laluan MRT2 Jajaran Sg Buloh – Serdang – Putrajaya (MRT2 SSP) melibatkan pengambilan tanah Lot PT 9179 & 9180 yang merupakan tapak stesen minyak Petron Sri Damansara yang telah beroperasi sejak sekian lama sehinggalah sekarang ini (selepas melalui penjenamaan semula daripada ‘ESSO’ kepada ‘PETRON’). Saya mengambil-alih operasi stesen minyak Petron ni sejak daripada 30 Mac 2008, dan saya telah menyediakan perkhidmatan kepada pengguna daripada pelbagai sektor meliputi kawasan daripada Sg Buloh sehinggalah ke Kepong.

Stesen minyak Petron ini merupakan stesen minyak UTAMA (selain daripada BHP yang terletak bersebelahan) yang memberi perkhidmatan kepada penduduk di Bandar Sri Damansara Utara khususnya.

Untuk makluman, purata jumlah pengguna yang mendapat bekalan petrol dan diesel dan perkhidmatan di Petron Sri Damansara adalah hampir 40,000 orang sebulan yang melibatkan jumlah jualan petrol dan diesel sebanyak 700,000 liter sebulan. Sekiranya pihak MRT Corp masih meneruskan hasrat pengambilan tanah Lot PT 9179 & 9180 untuk pembinaan Stesen 4 (S04) Kepong Sentral, maka kepentingan awam hampir 40,000 pengguna akan terjejas. Ini ditambah lagi dengan pengambilan stesen minyak BHP yang terletak bersebelahan.

Lanjutan daripada perlara di atas, saya juga telah diajukan pelbagai persoalan oleh penduduk setempat berkenaan isu-isu yang menjadi kerisauan khususnya di Bandar Sri Damansara Utara hasrat pengambilan stesen minyak Petron ini diteruskan. Antaranya adalah :

§  Dimanakan mereka akan mendapat bekalan petrol dan diesel?

§  Pencemaran Bunyi Bising

§  Pencemaran Udara

§  Keretakan Dan kerosakan Rumah

§  Kesesakan Jalanraya

§  Landasan Terlalu Hampir Dengan Rumah

§  Masalah Keselamatan

§  Laluan Keluar-Masuk Penduduk Setempat

Untuk itu, saya merayu dan amat berbesar hati sekirannya pihak MRT Corp, SPAD dan JPM dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya cadangan bagi menyelamatkan dan seterusnya mengelak pengambilan Lot PT 9179 & 9180 yang juga merupakan satu-satunya sumber pendapatan saya.

Mempertimbangkan lokasi Stesen 4 (S04) ‘Viaduct & Road Alignment’ layout,
Mengubah S04 ke lokasi bersebelahan kawasan letak kereta KTM, dan seterusnya menaiktaraf kemudahan letak kereta yang terletak di tanah lot kosong bersebelahan Kompleks Desa.
 

Sekiranya cadangan kami ini mendapat pertimbangan dan diguna-pakai oleh pihak MRT Corp, Stesen Minyak Petron Sri Damansara akan dapat terus memberi perkhidmatan kepada pengguna-pengguna kami. 

Akhir kata, saya dengan rasa rendah diri merayu dan memohon jasa baik MRT Corp, SPAD dan JPM agar memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas permohonan saya agar TIDAK MENGAMBIL TANAH LOT PT 9179 & 9180 (PETRON SRI DAMANSARA) dengan melakukan pengubahan kepada Pelan Cadangan Kepada Untuk Laluan MRT2 SSP.

Kerjasama dan perhatian yang diberi amat saya hargai sekali.



Today: PERSATUAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK PETRON (PEDAM) is counting on you

PERSATUAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK PETRON (PEDAM) needs your help with “Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SAPD), JABATAN PERDANA MENTERI (JPM): PETISYEN BANTAHAN PROJEK MRT LALUAN 2 JAJARAN SG BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA”. Join PERSATUAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK PETRON (PEDAM) and 174 supporters today.