Petition Closed

Mansuh Undang-Undang Tahan Tanpa Bicara. Abolish Detention Without Trial in Malaysia

This petition had 3 supporters


Selepas ISA dan Ordinan Darurat (EO), Kerajaan Malaysia terus menggubal akta zalim yang menghalalkan pencabulan hak asasi manusia. Pada 17 April 2012, Parlimen telah meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, (SOSMA). Pada 2 Oktober 2013, Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, (POCA). Dalam masa yang sama, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)1985, (DDA) masih berkuatkuasa.

After the abolition of the ISA and the Emergency Ordinance (EO), the Malaysian Government continues to enact draconian law that violate human rights. On 17 April 2012, the Malaysian Parliament passed the Security Offences (Special Measures) Act, (SOSMA). On 2 October 2013, the Malaysian Parliament passed the Prevention Of Crime (Amendment and Extension) Act, (POCA). In the meantime, the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act, (DDA), remains on the book.

 

MENGAPA SOSMA, POCA DAN DDA ZALIM?

WHY SOSMA, POCA AND DDA ARE INJUSTICE?

 

1. Polis boleh tahan 'orang yang disyaki' tanpa waran.

1. Police may detain a 'suspect' without warrant.

2. Untuk tujuan siasatan, Polis boleh menahan 'orang yang disyaki' selama 40 hari di bawah POCA, 28 hari di bawah SOSMA dan 60 hari di bawah DDA.

2. For investigation purpose, a suspect can be detained for 40 days under POCA, 28 days under SOSMA and 60 days under DDA.

3. Di bawah POCA dan DDA, selepas selesai tempoh siasatan, Polis boleh menahan 'orang yang disyaki' selama dua tahun dengan kelulusan sebuah Lembaga Khas yang mengambil alih tugas mahkamah.

3. Under POCA and DDA, after the completion of the investigation period, the Police may detain a 'suspect' for two years with the approval of a Special Board which took over the role of the court.

4. Selepas tamat tempoh tahanan dua tahun di bawah POCA atau DDA, Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk 2 tahun berikutnya secara berterusan.

4. After the completion of two years detention under POCA or DDA, Police may extend the period of detention for another two years continuously.

 

Semua ini berlaku dengan 'orang yang disyaki' dinafikan hak untuk membela diri di mahkamah yang bebas dan adil.

All of these take place with the denial of the 'suspect' right to a free and fair trial.

Perkara ini bercanggah dengan Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan sesiapa juga yang ditahan perlu diberi hak untuk dibela oleh peguam yang dipilihnya sendiri.

This is in contradiction with Article 5 (3) of the Federal Constitution which states anyone detained must be given the right to be defended by o lawyer of his choice.

Perkara ini juga bercanggah dengan Perkara 10 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR 1948) yang menetapkan setiap orang yang dituduh bagi suatu kesalahan memiliki hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan terbuka oleh satu mahkamah yang bebas dan adil.

This is also in contradiction with Article 10 of Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1948), which states that each person accused of an offense has the right to be defended in a fair and open trial.

Perkara ini juga bercanggah dengan Perkara 11 UDHR 1948, yang menyatakan setiap orang yang dituduh bagi suatu kesalahan perlu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mengikut undang-undang dalam satu perbicaraan terbuka.

This is also in contradiction with Article 11 of the UDHR 1948 which states that every person accused of an offense has the right to be presumed innocent untill proved guilty according to law in a public trial.

 



Today: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is counting on you

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) needs your help with “Mansuh Tahan Tanpa Bicara”. Join Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) and 2 supporters today.