Bil TNB Tinggi: Pemimpin UMNO Sila Letak Jawatan!

0 have signed. Let’s get to 1,000!


GAGAL MENGURUSKAN ISU KENAIKAN BIL ELEKTRIK:
MENTERI, PENGERUSI TNB & PENGERUSI SURUHANJAYA TENAGA PERLU LETAK JAWATAN

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengambil maklum keluh kesah serta bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan bersama-sama memperjuangkan mengenai kenaikan bil elektrik TNB sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara mendadak dalam keadaan Kerajaan Perikatan Nasional menjanjikan penjimatan melalui diskaun sehingga mencecah 50%.

Ketua AMK Malaysia, YB Akmal Nasir telah membangkitkan perkara ini sejak 1 Jun 2020 yang lalu.

Ulasan video di: https://www.facebook.com/watch/live/?v=713840679427365

Kenyataan ‘Kenaikan Bil Elektrik: Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan’ di: https://www.facebook.com/593529354077239/posts/3055941924502624/

Beliau menegaskan bahawa mereka yang berkepentingan dalam isu ini telah gagal merealisasikan janji Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengurangkan bebanan harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna.

Beliau turut mencadangkan agar dasar diskaun tersebut diteliti semula agar dapat dinikmati oleh rakyat dengan lebih adil dan berkesan.

Pada masa yang sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah pula sekadar mengarahkan pihak TNB untuk datang ke Pejabat beliau pada 1 Jun 2020.

Namun, selepas 2 minggu perkara ini diketengahkan, AMK melalui Naib Ketua iaitu Sdr Syed Shah Badli Shah telah membangkitkan isu kenaikan bil elektik sekali lagi pada 15 Jun 2020.

Respon daripada pihak yang berkenaan amat mengecewakan.

Menteri buat sekian kalinya hanya memanggil pihak TNB untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

Sedarlah bahawa rakyat berhadapan dengan cabaran ekonomi yang sukar. Ramai yang kehilangan punca pendapatan apabila PKP dilaksanakan sedangkan tanggungan semakin meningkat.

Lebih malang lagi, rakyat dipersalahkan seolah-olah tidak tahu membaca bil elektrik dan menggunakan elektrik secara melampau.

Hakikatnya, mereka yang dilantik oleh Perikatan Nasional bagi menjawat jawatan yang berkaitan dilihat tidak mampu mempertahankan nasib rakyat.

Mereka adalah:

1. YB Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

2. YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Pengerusi TNB yang juga merupakan Naib Presiden UMNO

3. Dato’ Azian Osman, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO

AMK merasakan ada keperluan akauntabiliti dan kebertanggangjawaban membela orang ramai.

Justifikasi lantikan orang politik seperti pimpinan UMNO ke dalam GLC kononnya mewakili kepentingan orang ramai jelaslah tidak munasabah.

Maka, AMK mendesak agar ketiga-tiga pimpinan UMNO yang menjawat jawatan penting berkaitan dengan TNB melepaskan jawatan mereka.

Kami mengajak rakyat yang terkesan dengan kenaikan bil elektrik untuk menanda tangani petisyen ini agar mereka yang berkenaan memikul tanggungjawab atas kegagalan dasar PN dan agar rakyat biasa mendapat pembelaan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA