Tambang murah ke Sabah sempena Aidilfitri 2018

0 have signed. Let’s get to 100!


Pihak AIRASIA baru baru ini mengeluarkan kenyataan media dengan menawarkan penerbangan lewat malam istimewa Balik Raya untuk memenuhi permintaan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tawaran ini adalah pulang beraya dengan tambang rendah tetap RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching, bermula dari 12 hingga 19 Jun 2018.

Namun demikian, tiada sebarang kadar tambang murah untuk penerbangan lewat malam yang dijadualkan ke Sabah untuk Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Oleh yang demikian, dengan ini kami memohon agar pihak AirAsia juga memasukkan jadual penerbangan ke Sabah ke dalam senarai tawaran penerbangan lewat malam istimewa bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kerana sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tiket penerbangan ke Sabah sebelum ini juga agak mahal dan ramai daripada kalangan penduduk berasal dari negeri Sabah tidak berkemampuan sehinggakan mereka tidak pulang untuk bertemu keluarga tersayang bagi meraikan Aidilfitri.



Today: ambransailudin is counting on you

ambransailudin ambran needs your help with “MALAYSIAN: Tambang murah ke Sabah sempena Aidilfitri 2018”. Join ambransailudin and 6 supporters today.