SOKONGAN LANTIKAN YB DR MASZLEE MALIK SEBAGAI PRESIDEN UIAM

0 have signed. Let’s get to 7,500!


[Polemik Lantikan YB DR Maszlee Malik selaku Presiden UIAM yang baharu]

Bismillah,

Saya terpanggil untuk menulis berhubung isu ini kerana UIAM sangat dekat dihati saya.  

Saya berpandangan lantikan itu adalah wajar dan selari dengan semangat Malaysia Baru yang kita laungkan.

6 Dalil kenapa lantikan itu wajar :

1) Jawatan Presiden UIAM bukan definisi campur tangan politik

- Tuduhan bahawa hanya sekadar menjawat jawatan presiden universiti adalah satu bentuk campur tangan politik adalah satu tuduhan pra matang, tidak berasas dan berniat jahat.

 - Jawatan yang dilantik oleh Baginda Sultan Pahang itu adalah satu bentuk jawatan advisory dan tidak terlibat secara langsung dalam day-to-day hal ehwal universiti. Samalah seperti peranan YB Menteri terhadap Universiti awam yang lain.

 - Satu bentuk campur tangan politik hanya boleh dikira sekiranya YB Menteri menidakkan keputusan Majlis Pengurusan yang diketuai Rektor tanpa persetujuan mereka. Sehinggalah perkara ini tercapai, autonomi universiti masih terpelihara.

2) Mengukuhkan agenda reform dan autonomi universiti

 - Komitmen YB Menteri dalam menjamin hak bersuara jelas terbukti apabila beliau mempertahankan demonstran baru-baru ini. Belum pernah dalam sejarah seorang menteri mengambil berat soal kebajikan; makan minum demonstran. Tambahan lagi,  kenyataan media berhubung reformasi AUKU juga telah dikeluarkan. Kalau ini tidak mengukuhkan autonomi universiti ini apa?

 - Lantikan ini juga merupakan antara buah usaha referendum yang dibuat oleh Persatuan Akademik dan Staf UIAM sendiri serta disokong oleh pengurusan semasa dan majoriti pensyarah. Sekiranya universiti sendiri berasa kuasa autonominya terancam bukankah sangat pelik apabila mereka sendiri yang menyokong atau mencadangkan kepada sultan?

 3) Keunikan Struktur UIAM

- UIAM adalah satu-satunya Universiti Awam di Malaysia yang mempunyai Board of Governers yang dianggotai oleh wakil-wakil negara antarabangsa dan termasuklah setiausaha agung OIC. Peranan Presiden yang mengetuai UIAM tidak seharusnya hanya melihat isu pendidikan mikro di UIAM sahaja tetapi juga mampu mengangkat isu pendidikan dalam skala antarabangsa melalui  dan tidak terhad kepada Ahli Majlis BOG. Halatuju yang jitu diperingkat antarabangsa sangat tepat jika diangkat oleh YB Menteri Pendidikan sendiri.

 - Bagaimana Presiden UIAM ingin menjadi efektif sekiranya beliau tidak mampu mencorak dasar pendidikan negara secara terus?

 4) UIAM bagai anak tiri - tidak termasuk dalam peruntukan AUKU.

 - Lantikan YB Menteri di kerusi presiden itu menggembalikan UIAM dibawah mandat rakyat setelah lama UIAM di anak tirikan. Lantikan ini bukan menjadikan UIAM prioriti tetapi sebenarnya menjadikan UIAM setaraf bersama universiti lain.

 - Kedudukan UIAM yang didaftarkan dibawah akta syarikat menyebabkan Universiti ini tidak termasuk dibawah segala jenis peruntukan dibawah akta itu. Termasuklah kuasa dan ‘Direct Intervention’ kerajaan kepada Universiti itu terutama apabila universiti itu tidak lagi mematuhi polisi dan dasar kerajaan yang dipilih rakyat. Semua IPT/UA di Malaysia memperuntukkan kuasa kepada YB Menteri untuk melantik NC & TNC dalam memastikan dasar kerajaan yang dipilih rakyat dipatuhi kecuali UIAM.

 - Cukuplah saya nyatakan disini sudah banyak institusi yang diasaskan oleh kerajaan terlepas punca dan tersasar daripada asal tujuan penubuhan apabila tiada mekanisma pengawalan langsung daripada kerajaan. Akhirnya individu yang melaungkan diri sebagai bebas ini menjadi kapitalis dan pentingkan diri  menekan rakyat.

 5) Penilaian yang menyeluruh - Merit

 - Selaku mahasiswa saya rasa adalah wajar sekiranya pertimbangan yang lebih holistik diambil kira sebelum menentukan sama ada wajar atau pun tidak lantikan YB Menteri menjadi Presiden.

 - Pengalaman beliau selaku ahli akademik berdekad lamanya sementalah ahli politik yang tidak sampai 6 bulan seharusnya diambil kira dalam isu merit.

 - Kemampuan YB Menteri untuk menguasai lebih daripada 2 bahasa + lambakan penulisan jurnal antarabangsa dan pengalaman menjadi pensyarah adalah merit yang sangat baik untuk diangkat menjadi presiden.

 - Semasa pentadbiran dulu, beliau antara pensyarah yang banyak ditekan dan disekat kenaikkan pangkat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Pastinya menjadi Presiden memudahkan dia untuk membetulkan perkara ini supaya tidak berulang.

 6) Servis Presiden secara percuma.

 -YB Menteri juga telah maklumkan bahawa emolumen beliau selaku menteri dimasukkan kembali untuk kegunaan pelajar yang berjumlah hampir separuh juta. Beliau setuju untuk menjadi Presiden secara percuma!. Kalau ini bukan menunjukkan semangat keikhlasan beliau untuk membantu UIAM, saya tidak pasti apa lagi yang boleh.

 -Dalam saat Malaysia tenat dengan pelbagai jenis hutang, penjimatan seumpama ini sangat memberi makna.

 -Apakah jaminan demonstran apabila lantikan Presiden UIAM selain YB DR Maszlee Malik, UIAM akan mendapat manfaat simpanan setengah juta?

 Konklusinya, setiap isu tidak sewajarnya dianalisa dengan ‘single layer’ tapi timbanglah dalam pelbagai timbangan dan lebih menyeluruh. Ayat Quran yang Allah turunkan turut mengajar kita supaya memahami teks dan konteks serta asbabul nuzul. Itu seharusnya menjadi Sunnah untuk kita memahami juga kalam pimpinan.

 Kita khuatir desakan yang didokongi emosi dan perasaan akan berakhir dengan penyesalan buat semua.

Idealisma mahasiswa adalah sesuatu yang baik namun perlu di padankan dengan keadaan semasa.

Dunia lebih memerlukan realist daripada idealist.

Sunnahtullah juga mengajarkan kita untuk bertayamum tatkala ketiadaan air, dan bukannya perlu untuk travel ribuan kilometre hanya untuk dapatkan air untuk berwudhuk.

Sila sign petition ini bagi menyatakan sokongan anda terhadap lantikan ini.

Wa’allahulam

Salam Maal Hijrah

Fikri Ahmad
Mantan Presiden MPP UIAM 13/14
Tokoh Mahasiswa Kebangsaan 2013



Today: FIKRI is counting on you

FIKRI AHMAD needs your help with “MALAYSIAN: SOKONGAN LANTIKAN YB DR MASZLEE MALIK SEBAGAI PRESIDEN UIAM”. Join FIKRI and 5,240 supporters today.