Kesalahan memandu secara mabuk hendaklah didakwa dibawah Kanun Keseksaan

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Kemalangan dan kematian akibat pemandu yang memandu dibawah pengaruh Alkohol atau Dadah semakin menjadi jadi di Malaysia. Kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang lebih tegas untuk menangani gejala ini. 

Pada masa sekarang, sebarang kesalahan memandu secara mabuk akan didakwa dibawah Akta JPJ. Ini harus ditukar agar kesalahan memandu secara mabuk, pendakwaan haruslah secara otomatik dibuat menggunakan Kanun Keseksaan (Criminal Offense). 

Adalah satu kesalahan JENAYAH untuk seseorang memandu dalam keadaan mabuk atau dibawah pengaruh alkohol atau dadah. Jika disabit kesalahan, pesalah akan dihukum penjara minimum 2 tahun untuk kesalahan pertama yang tidak melibatkan kecederaan atau kematian. Jika melibatkan kecederaan atau kematian, pesalah akan dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan dihukum sebat 10 kali sebatan untuk kemalangan yang melibatkan kecederaan dan minimum 20 tahun penjara dan dihukum sebat sebanyak 20 kali sebatan untuk kemalangan yang melibatkan kematian. Pesalah juga dikehendaki membayar pampasan diatas kehilangan punca pendapatan mangsa yang cedera dan meninggal dunia.

Kerajaan Malaysia hendaklah membentangkan Akta Jenayah Pemanduan dibawah Pengaruh secepat yang mungkin.