Mempertahankan kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

0 have signed. Let’s get to 1,000!


Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan Sumpah Jawatan Yang DiPertuan Agong dengan lafaz Rabbani, "Wallahi, Wabillahi, Watallahi"  untuk "....memeliharakan pada setiap masa Agama Islam...." di bawah Jadual Ke-4, Perkara 37(1) melengkapkan prinsip asas kedaulatan Islam dalam Perlembagaan.

Perkara 181(1) juga memantapkan kedudukan kedaulatan watan yang berkait rapat dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu berdasarkan kedaulatan yang sedia ada dan tidak tergugat dalam Perlembagaan.

Di bawah Perkara 3 juga memberikan kuasa kepada SPB YDP Agong selaku Ketua Agama Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan dengan kerajaan baru Pakatan Harapan yang diketuai YAB Tun Mahathir Mohamad yang telah mendapat mandat majoriti warga Malaysia menerusi pengundian secara demokratik dan sah, kami dengan ini memohon sokongan semua warganegara termasuk pemimpin negara menghormati dan menjunjung tinggi prinsip kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yang telah dibina oleh generasi terdahulu, dipersetujui oleh pimpinan dan rakyat terdahulu dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja selaku wasiat yang diperturunkan kepada semua warga Tanah Melayu pra Merdeka, agar prinsip kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu dikekalkan selamanya sebagai tiang seri pembinaan sebuah bangsa Malaysia.

Kami dengan rendah hati memohon menerusi petition ini, agar semua warganegara yang cintakan Malaysia, yang sudah mengundi dan memenangkan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia 'baru' menyatakan sokongan di atas petition ini supaya ia menjadi testament kukuh seluruh warga Malaysia yang dengan jelas menyatakan suara sokongan untuk mengekalkan kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu. 

 



Today: Mohd Kamal is counting on you

Mohd Kamal Affandi needs your help with “Malaysian citizens: Mempertahankan kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan”. Join Mohd Kamal and 573 supporters today.