BANTAHAN PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG BERCANGGAH DENGAN PERJANJIAN MALAYSIA (MA3)

BANTAHAN PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG BERCANGGAH DENGAN PERJANJIAN MALAYSIA (MA3)
Menteri dari Sarawak yang memegang portfolio undang undang, Wan Junaidi bercadang membuat usul untuk meminda perlembagaan persekutuan (https://m.malaysiakini.com/news/594650 dimana takrifan Persekutuan Malaysia akan dipinda sebegitu rupa ianya tidak lagi selari dengan Perjanjian Malaysia (MA63). Kesan dari pindaan ini adalah
(a) Status Sabah & Sarawak bukan lagi sebuah negeri di Malaysia tetapi sebaliknya sama taraf dengan kerajaan persekutuan pada yang dibentuk pada tahun 1957.
(b) Dengan pindaan ini, bermakna Malaysia dibentuk dengan penyatuan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah tidak benar. Artikel 1&3 di MA63 jelas menyatakan bahawa negara Malaysia dibentuk melalui penyatuan negeri negeri di Persekutuan Tanah melayu dan negeri Sabah dan Sarawak.
(b) Dengan pindaan ini, negeri Sarawak dan Sabah akan memberi tekanan tambahan kepada kerajaan persekutuan dimana mereka mempunyai mempunyai status yang sama dengan kerajaan persekutuan hari ini dan akan meminta 2/3 dari dana persekutuan dibahagikan kepada Sabah dan Sarawak dibawah kawalan mereka.
(c) Jika ini berlaku, maka tidak ada halangan bagi Sarawak untuk mempunyai Perkhidmatan Awam, Anggota Tentera dan Polis dibawah kawalan mereka
Langkah tersirat ini hanya akan menguntungkan orang politik Sabah dan Sarawak dan tidak menguntungkan rakyat Sabah dan Sarawak.
Mohon sebarkan dan minta Ahli Parlimen anda menolak cadangan ini