Mengharamkan dan Menyekat Akses Aplikasi Tikt Tok

Mengharamkan dan Menyekat Akses Aplikasi Tikt Tok

Started
1 August 2020
Petition to
Malaysia's Government and 3 others
Signatures: 5Next Goal: 10
Support now

Why this petition matters

Started by A B

Baru-baru ini, Amerika telah mengambil langkah tegas dengan menyekat aplikasi Tik Tok. Justeru, saya menyeru kerajaan Malaysia menyekat aplikasi Tik Tok yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding manfaat.

Lihat sahaja di media antarabangsa, terpampang berita demi berita tentang keburukan dan bahaya aplikasi ini. Penggunanya di Malaysia pula rata-ratanya ialah orang Melayu beragama Islam sendiri.

Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan Melayu, hendaklah kita mencerminkan Islam dan tatasusila Melayu. 

Aktiviti Islam berasaskan bertseni seperti tadarus, khat, bertaranum atau aktiviti kebudayaan Melayu seperti syair, sajak, pemerkasaan jawi boleh dimantapkan secara keseluruhan.

Seni itu bukannya hanya menggelek-gelek dan terkinja. Seni juga boleh diapresiasikan secara beradab dan mencerminkan sosiobudaya Melayu-Islam.

Saya tidak menafikan bahawa terdapat kandungan Tik Tok yang berteraskan bagus, berpendidikan namun nilainya setara dengan kandungan yang tidak. Sama ada penonton atau pereka kandungan, ingatlah bahawa kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Walaupun sekecil aurat tertunjuk, selagi ada yang tengok kandungan tersebut maka mengalirlah dosa kepada orangnya sehinggalah kandungan tersebut dipadam.

Wallahualam

Support now
Signatures: 5Next Goal: 10
Support now

Decision-Makers