Anak Malaysia sokong titah Yang di-Pertuan Agong lebih bersatu wujudkan Malaysia harmoni

Anak Malaysia sokong titah Yang di-Pertuan Agong lebih bersatu wujudkan Malaysia harmoni

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Benji Ang started this petition to Prime Minister of Malaysia (Cabinet Malaysia)

Baru-Baru ini, Asraf Luqman telah melancarkan petisyen MENGHAPUSKAN terus SJK (C) dan SJK (T) dan mewujudkan satu aliran nasional MALAYSIA. Selain itu, mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin turut desak pengikutnya menandatangani petisyen tersebut. Ini telah mengancam perpaduan yang sedia ada di Malaysia.

Sebagai anak Malaysia, kita haruslah sentiasa mengingati titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar rakyat Malaysia haruslah lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta dalam Tahun Baharu 2020.

Saya juga berasa amat bangga dengan keunikan negara Malaysia dimana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. 

Marilah kita bersama-sama menjaga kemakmuran negara kita melalui perpaduan.

Jangan biar kesederhanaan negara dirampas ekstremis kaum, agama.

Bangga jadi Anak Malaysia !

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!