Kembalikan Kuasa Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Dengan Kuasa Untuk Semak Dan Imbang

Kembalikan Kuasa Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Dengan Kuasa Untuk Semak Dan Imbang

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Demi Malaiu started this petition to MAJLIS RAJA-RAJA and

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ke atas kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dibuat dalam tahun 1983 dan 1993.

Krisis perlembagaan atau krisis monarki ini menyaksikan Parlimen meminda dan menambah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada untuk menghadkan kuasa dan imuniti DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Kemelut politik yang telah menghala kepada krisis politik yang berlaku sekarang dan membawa kepada krisis Perlembagaan membuktikan kepada kita bahawa kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ini sebenarnya tidak perlu dan tidak wajar dihadkan apabila ianya melibatkan hal-hal kepentingan rakyat jelata serta kesejahteraan mereka.

Justeru itu Demi Melayu, sebagai sebuah gabungan dari berbagai pertubuhan, persatuan dan orang perseorangan yang peduli lagi berlatarbelakangkan berbagai bidang dan kepakaran, mendesak golongan penggubal undang-undang iatu badan Legislatif agar kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikembalikan dalam beberapa perkara penting berkaitan keselamatan dan kesejahteraan ekonomi, kesihatan dan pelajaran rakyat demi menjamin negara dapat ditadbir dengan lebih adil dan saksama.

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!