ANWAR IBRAHIM PM 8 MEI 2020

0 telah menandatangani. Mari kita ke 1.000.


Meskipun Tun Mahathir baru-baru ini menyatakan peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, katalah jika Anwar dan Majlis Presiden bersetuju dengan permintaan perlanjutan itu, penyerahan jawatan tetap wajib dilakukan tidak melepasi Disember 2020.

Selain pemulihan ekonomi dan menunaikan janji manifesto, peralihan kuasa adalah perkara ketiga yang paling dinanti-nanti dan dikehendaki oleh rakyat sebenarnya.

Lebih-lagi lagi selepas 19 bulan menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak menampakkan banyak kemajuan dari segi memberi lebih kebaikan dalam kehidupan rakyat, malah dilihat lebih sibuk kepada aspek politik peribadi semata-mata, maka ramai yang tidak ragu-ragu menyorotinya sebagai telah Perdana Menteri yang gagal.

Lantaran telah gagal itu, melanjutkan lagi keberadaannya di kerusi Perdana Menteri hanya akan menambahkan lagi kegagalan, malah menjadikan derita dan seksa rakyat lebih berpanjangan.

Faktor usia dan keghairahan kembali kepada era PM4, sedangkan dunia sudah banyak berubah dan kini bukan lagi era BN, adalah antara faktor penyumbang kepada kegagalan Tun Mahathir dalam tempoh 19 bulan ini.

Dengan demikian, jika PH mahu terus mendapat sokongan dan ingin memenangi lagi PRU seterusnya, peralihan kuasa tidak dapat tidak, mesti dilaksanakan pada 2020 ini.

Hanya dengan adanya perubahan, berlaku peralihan kuasa dan munculnya Perdana Menteri baru, maka barulah PH mampu bergerak ke hadapan dengan langkah meyakinkan sebagai sebuah kerajaan.

Baik Majlis Presiden atau Tun Mahathir, jika masih komited dengan mandat yang diberi rakyat pada 2018 lalu serta mahu PH kekal sebagai sebagai kerajaan, janganlah lupa atau buat-buat lupa bahawa Mei tahun 2020 adalah tahun peralihan kuasa yang tidak boleh lagi ditangguh atau dilengah-lengahkan.