KELAB MALAM WAJAR DITUTUP SELAMANYA

KELAB MALAM WAJAR DITUTUP SELAMANYA

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Ayden Zayyad started this petition to Majlis keselematan Negara and

Kelab Malam serta Restoran yang menyediakan minum arak perlu ditutup terus bagi kesejahteraan rakyat dan mengurangkan masalah sosial terutamanya dikalangan remaja .

Baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan yang mungkin ada baiknya jika kelab malam ini ditutup terus . Majoriti rakyat Malaysia menyokong dengan kata-kata daripada Perdana Menteri .

Justeru itu sebagai rakyat Malaysia kita berharap Perdana Menteri dapat merealisasikan ucapan beliau bagi menutup terus semua kelab malam yang beroperasi di Malaysia . Umumnya mengetahui pelbagai masalah jenayah seperti dadah , pelacuran dan masalah sosial dikalangan remaja yang pergi ke kelab malam untuk berhibur .

Sebagai negara yang berteraskan Agama Islam sebagai agama Persekutuan wajar kita menyokong untuk memastikan semua kelab malam ini terus ditutup dari untuk beroperasi dan dalam masa yang sama Negara masih lagi berperang bagi menghalang penularan covid-19 . Majlis Keselamatan Negara memaklumkan sebelum ini sebanyak 578 individu ditahan dan dikompaun kerana melanggar perintah PKPP dan kelab malam beroperasi melebihi had yang ditetapkan tanpa ada penjarakkan sosial .

Kita berharap kerajaan akan lebih tegas bagi memastikan seluruh kelab malam ditutup terus dan tidak membenarkan restoran makan yang menyediakan minuman arak .

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!