BANTAHAN PERTUKARAN TEMPAT BAZAR RAMADHAN FASA 2 PUNCAK ALAM KE TAPAK PASAR MALAM

0 telah menandatangani. Mari kita ke 500.


 

Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 (PPPAF2) ingin menjemput kepada semua penduduk di Kariah Fasa 2 untuk menyertai petisyen bantahan yang dibuat berhubung cadangan untuk memindahkan bazar Ramadhan Fasa 2 ke tapak Pasar Malam Puncak Alam yang ingi dibuat oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

KENAPA BANTAHAN INI DIBUAT?

1- Secara amnya tiada bantahan (dari segi kesesakan lalu lintas) dari pendyduk fasa 2 terhadap bazar Ramadhan yang lama.

2- Penduduk dah selesa bazar ramadhan di lokasi sedia ada sejak dulu lagi.

3- lokasi lama dah sinonim dgn kaunter zakat fitrah setiap tahun

4- berdekatan dgn surau senang nk solat

5- berdekatan dgn perumahan. Ini memudahkan suri rumah atau anak2 utk membeli juadah memandangkan suami/ ibu bapa yg lewat sampai ke rumah dari tempat kerja

6-Sebahagian besar pembeli dikalangan penduduk Fasa 2.

7-Berdekatan dengan kedai runcit dan mudahkan penduduk untuk nembeli barang runcit

8- Mudah bagi pelajar uitm yang menyewa di fasa 2 dan tidak mempunyai kenderaan membeli juadah berbuka.

9- Rezeki jemaah Surau Al Furqan dapat juadah berbuka puasa dari peniaga-peniaga bazar ramadhan.

10. Perumahan baru sudah mula diduduki, bukalah bazar ramadhan di KFC tu utk mereka dan kekalkan bazaar ramadhan fasa 2 ditempat lama untuk kami.

12. Lebih sesuai di komuniti setempat masing-masing disebabkan masa berniaga pendek dan pengunjung pun bukan mengambil masa yang lama untuk membeli sebelum waktu berbuka.

13. Kesesakan luar biasa lalu lintas akan berlaku jika dihimpunkan bazar Ramadhan di satu tempat sahaja. Oleh itu perlu di kekalkan bazar Ramadhan di Fasa 2 kerana ianya boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas.