PERMOHONAN PENGECUALIAN TEMPAT LETAK KENDERAAN BERBAYAR UNTUK PENDUDUK FLAT PPR

PERMOHONAN PENGECUALIAN TEMPAT LETAK KENDERAAN BERBAYAR UNTUK PENDUDUK FLAT PPR

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Syaqir Khan started this petition to Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya wakil bagi pihak penduduk Flat PPR Jalan Sungai mengambil maklum tentang masalah saman di tempat letak kenderaan belakang Pasar Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang. Seperti sedia maklum, pihak meniaga telah membuat aduan kerana pelanggan pasar tidak mempunyai tempat letak kenderaan setiap kali ke pasar. Oleh itu, pihak MBPP telah menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan meletak kenderaan berbayar secara tidak lansung memberi kesan kepada penduduk Flat PPR Jalan Sungai kerana ketidakcukupan tempat meletak kenderaan yang disediakan untuk penduduk. Relevan jika membuat tempat letak kenderaan berbayar di hadapan dan di tepi pasar, tetapi tidak relevan jika mengenakan tempat letak kenderaan berbayar di bahagian belakang pasar. Atas sebab itu, tujuan petisyen ini dibuat untuk mengumpulkan sokongan dari penduduk Flat PPR Jalan Sungai terhadap cadangan saya iaitu memohon pengecualian dari pihak MBPP untuk mengecualikan kupon/ parking berbayar di kawasan belakang Pasar Jalan Patani. Oleh hal yang demikian, saya memohon sokongan dari semua penduduk Flat PPR Jalan Sungai untuk menyokong petisyen ini sebagai wardah untuk dikemukakan kepada pihak MBPP.

0 have signed. Let’s get to 200!
At 200 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!