TRAFIK DI KOTA DAMANSARA

0 have signed. Let’s get to 5,000!


PETISYEN PENDUDUK KOTA DAMANSARA

BAHAWA KAMI, SEPERTI NAMA TERTERA DI BAWAH, MENGEMUKAKAN PETISYEN KEPADA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BERHUBUNG PERKARA-PERKARA BERIKUT:

1. PEMBUKAAN PERSIMPANGAN HADAPAN SUNWAY NEXIS DI PERSIARAN SURIAN.
SEJAK PERSIMPANGAN INI DIBUKA, DI DAPATI BAHAWA KESESAKAN LALULINTAS YANG TERUK TELAH BERLAKU DI WAKTU-WAKTU PUNCAK MENGHALA KE MUTIARA DAMANSARA. KESESAKAN LALULINTAS INI MEMBERI KESUKARAN KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK SEKITAR KOTA DAMANSARA MEMANDANGKAN PERSIARAN SURIAN INI MERUPAKAN JALAN UTAMA MEMASUKI DAN KELUAR DARI KOTA DAMANSARA.

KAMI MENGGESA MBPJ UNTUK MENUTUP PERSIMPANGAN INI DENGAN KADAR SEGERA DAN MENGKAJI-SEMULA SISTEM TRAFIK SEKITAR SUNWAY GIZA, SUNWAY NEXIS SEHINGGA MUTIARA DAMANSARA UNTUK MENJAGA KESEJAHTERAAN PENDUDUK DAN PENGGUNA.

2. KAWALAN TRAFIK DI SEKITAR KAWASAN PEMBINAAN LEBUHRAYA DAMANSARA-SHAH ALAM (DASH).
KAMI MENDAPATI KONTRAKTOR PROJEK DASH INI TIDAK MENJALANKAN TRAFFIC MANAGEMENT DENGAN SEMPURNA. MEREKA TELAH MENYEBABKAN KESESAKAN LALULINTAS PADA WAKTU-WAKTU PUNCAK BERMULA DARI PERSIARAN SURIAN HINGGA KE TOL PLUS. SERINGKALI DI DAPATI LALUAN TIGA LORONG MENJADI SATU LORONG TANPA ADA TRAFIK WARDEN MENGAWAL TRAFIK.

JUSTERU, KAMI MENGGESA MBPJ MEMPASTIKAN KONTRAKTOR DASH INI MENYEDIAKAN PENGAWAL TRAFIK DAN MEMASTIKAN KELANCARAN LALULINTAS PADA WAKTU-WAKTU PUNCAK.



Today: PERSATUAN PENDUDUK NURI A, KOTA DAMANSARA is counting on you

PERSATUAN PENDUDUK NURI A, KOTA DAMANSARA needs your help with “MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA: TRAFIK DI KOTA DAMANSARA”. Join PERSATUAN PENDUDUK NURI A, KOTA DAMANSARA and 3,041 supporters today.