BANTAHAN PROJEK LALUAN SEHALA DI DAMANSARA DAMAI

BANTAHAN PROJEK LALUAN SEHALA DI DAMANSARA DAMAI
Why this petition matters

Kami penduduk Damansara Damai membantah sekeras-kerasnya projek Laluan Sehala ini kerana ia tidak membantu meleraikan kesesakan trafik malah makin memburukkan keadaan. Projek oleh MBPJ ini dilaksanakan dgn rancangan yang tidak menyeluruh dengan tidak memikirkan keselamatan penduduk terutamanya pelajar2 SKDD1/SMKDD. Tiada rancangan yg konkrit berkaitan Jejantas yg lebih membantu lintasan pejalan kaki/motosikal. Dengan sombongnya, Pihak MBPJ mengatakan responden sebelum ini telah bersetuju utk projek laluan ini walhal ramai penduduk tidak mendapat makluman yang lengkap berkenaan perlaksanaan. Tiada pemantauan penuh dari pegawai2 MBPJ sepanjang perlaksanaan serta laluan ditukar sesuka hati tanpa pemberitahuan penukaran. Kurangnya tanda lalulintas memberitahu pengguna serta tiada keselamatan ditekan di sekitar laluan sekolah2.
Dengan ini, kami mahu laluan dua hala kembali dilaksanakan serta merta bagi membolehkan MBPJ memeriksa/pertingkatkan rancangan laluan sehala ini sebelum ia dilaksanakan kembali.