ACTnow untuk melindungi maruah wanita kita

ACTnow untuk melindungi maruah wanita kita

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!

ACTnow App started this petition to Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Ada kalanya, kita semua mengalami tekanan seperti menghadapi peperiksaan, kerja sekolah dan sebagainya.

Tetapi bagi pelajar perempuan terutama mereka yang bersekolah asrama, ada satu pengalaman yang memalukan apabila terpaksa menunjukkan tuala wanita kepada pegawai asrama dan melakukan calitan pada kemaluan mereka menggunakan kapas, tisu atau jari untuk membuktikan mereka datang bulan ketika perlu solat berjemaah. Pelajar juga mendakwa mereka diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita atau sebaliknya.

Menurut Rafidah Aziz perbuatan ini amat menjijikkan dan melanggar privasi seseorang. Tiada agama yang membenarkan tindakan ini.

Sementara itu Azalina, timbalan speaker Dewan Rakyat, juga mengatakan bahawa ini adalah dasar polisi moral dan agama yang bercanggah dengan hak asasi manusia. "Saya akan mengalami rasa trauma seumur hidup,” kata anggota parlimen Pangerang itu.

ACTnow mengalu-alukan anda semua untuk menandatangani petisyen ini dan berkongsi dengan rakan-rakan anda untuk mendapatkan sokongan.

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!