LINDUNGI KEBAJIKAN RIDER-RIDER KITA

LINDUNGI KEBAJIKAN RIDER-RIDER KITA

Started
10 August 2022
Signatures: 777Next Goal: 1,000
Support now

Why this petition matters

Started by Rakyat Malaysia

MEMORANDUM KEPADA PERDANA MENTERI
YAB DATO SERI ISMAIL SABRI

&

DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
MENTERI SUMBER MANUSIA

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG

MENTERI PENGANGKUTAN


BERKENAAN ISU KEBAJIKAN PENGHANTAR P-HAILING

Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait e-Panggilan (e-Hailing Taskforce) KEADILAN dan rakan-rakan penghantar p-Hailing
yang disenaraikan di bawah, menggesa Kerajaan bagi bertindak segera membentuk polisi dan menggubal undang-undang bagi memastikan kebajikan rakan-rakan penghantar p-Hailing dilindungi.

Tuntutan tindakan segera ini dikemukakan hasil daripada rayuan oleh rakan-rakan penghantar p-Hailing secara berasingan semenjak tiga tahun yang lalu tidak yang tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan sehingga memaksa piket ‘Food Delivery Blackout' diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Hasil pertemuan bersama Menteri Pengangkutan yang dianjurkan juga adalah tidak selari dengan rayuan dan isu pokok yang dilontarkan.

Kebimbangan ini turut mengambilkira perkembangan hampir empat juta 4 juta tenaga kerja di Malaysia telah terbentuk daripada sektor ekonomi gig dan secara langsung menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi - namun, kelangsungan jangka panjang, perlindungan dan faedah yang dimiliki oleh pekerja ekonomi gig masih lagi rendah, tidak memadai dan tidak selari dengan risiko keselamatan yang terpaksa ditanggung.

Dengan itu, kami telah mengambil pendirian bagi mengemukakan tuntutan dan berharap agar Kerajaan akan mengambil tindakan-tindakan yang berikut:

1. Memastikan aplikasi penghantar p-hailing sedia ada dengan paparan
pembayaran yang lebih telus (transparent) termasuk butir-butir terperinci
perjalanan dan cara pengiraan bagi mengelakkan kaedah pembayaran dimanipulasi oleh syarikat-syarikat eHO yang tidak bertanggungjawab.

2. Meningkatkan kadar upah pembayaran kepada penghantar p-hailing supaya jumlah pendapatan secara keseluruhan setimpal dengan usaha, kos operasi termasuk petrol dan penyelenggaraan, agar kami mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

3. Meminda Akta Kerja 1955 dengan mengiktiraf ‘pekerja ekonomi gig’ di dalam akta berkenaan bagi memastikan layanan, manfaat dan kebajikan sama rata dan dilindungi oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan. Setakat ini, kami hanya tertakluk di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), walaupun realitinya, terdapat pelbagai peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat eHO yang perlu dipatuhi sepertimana hubungan ‘master’ dan ‘servant’.

4. Memperuntukkan lima peratus (5%) keuntungan bersih syarikat-syarikat eHO disalurkan ke dalam dana amanah bagi pekerja dan veteran e-Hailing.

5. Memastikan caruman KWSP dan PERKESO oleh syarikat-syarikat eHO
sebagai langkah menyediakan perlindungan keselamatan sosial penghantar P-hailing dan menyediakan sistem insuran yang mudah dengan manfaat yang setimpal dengan kos perubatan dan risiko. Setakat ini, syarikat eHO tidak mencarum bagi syer majikan untuk KWSP dan PERKESO walaupun ini sebenarnya merupakan tanggungjawab syarikat, sebaliknya hanya golongan penghantar P-hailing sahaja yang membuat caruman KWSP dan PERKESO secara sukarela.

6. Mewujudkan satu badan bebas yang bertanggungjawab bagi menerima aduan dan menyelesaikan tuntutan dan aduan dengan cepat, efektif dan kos rendah.

7. Membantu penghantar p-Hailing sedia ada dengan melengkapkan mereka dengan latihan kemahiran vokasional atau peluang menguasai kemahiran tertentu bagi memastikan mereka mampu mendaki tangga mobiliti sosial.

Kami berharap Yang Amat Berhormat akan bertindak segera bagi mencerminkan keprihatinan terhadap rakan-rakan penghantar makanan yang dahulunya didendang sebagai antara ‘barisan hadapan’ semasa awal era Covid-19. Sudah tiba masanya, Kerajaan membuktikan komitmen bagi melindungi pekerja ekonomi gig - selari dengan pengiktirafan terhadap ekonomi gig sebagai sumber pembangunan ekonomi baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025.

Pihak kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam usaha bagi memastikan tuntutan memorandum ini menjadi realiti.

Sekian, terima kasih.


LINDUNGI KEBAJIKAN PENGHANTAR P-HAILING:
BUKTIKAN KEPRIHATINAN, BUKAN TAMBAH BEBAN

Support now
Signatures: 777Next Goal: 1,000
Support now