PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN LPPSA SELAMA 6 BULAN KEPADA SEMUA PEMINJAM

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Selaras dengan pengumuman penangguhan bayaran balik semua bentuk pembiayaan kepada individu dan SME kecuali kad kredit (tertakluk kepada syarat) oleh Bank Negara pada 24 Mac 2020 bermula 1 April 2020, para peminjam LPPSA juga memohon agar pembiayaan melalui LPPSA juga ditangguhkan pembayaran kepada semua peminjam yang terlibat bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020.

Hal ini adalah amat penting bagi membantu penjawat awam dan ahli keluarga yang terkesan daripada Covid-19. Meskipun penjawat awam masih menjalankan tugas di rumah selama tempoh kawalan pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan dibayar gaji, namun mereka juga mungkin terkesan sekiranya terdapat ahli keluarga sama ada suami atau isteri yang diarahkan bercuti tanpa gaji atau terjejas dari segi pendapatan bulanan. Meskipun penjawat awam bertugas dirumah serta menjaga anak-anak dirumah, namun bayaran taska atau tadika, penyelenggaraan masih perlu dibayar seperti biasa termasuk juga bil-bil yang lain. Ini menunjukkan penjawat awam juga menerima kesan yang sama seperti mana rakyat Malaysia yang lain. 

Impak kepada penangguhan ini adalah bagi membolehkan penjawat awam menyediakan simpanan yang mencukupi sekiranya berlaku sesuatu yang lebih serius pada masa akan datang. Ianya juga akan memberi lebih kuasa membeli kepada penjawat awam dan keluarga yang mana akan membantu merancakkan ekonomi negara yang terjejas selepas serangan Covid-19. Selain itu, ianya juga adalah selaras dgn langkah kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan serangan Covid-19 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Oleh yang demikian, para peminjam pembiayaan daripada LPPSA memohon agar pinjaman LPPSA juga turut diberi penangguhan yang sama sepertimana pengumuman oleh BNM.