Laluan Jalan Motor Perlu dibina di sepanjang Jalan Ke Arah North Port dan West Port.

Laluan Jalan Motor Perlu dibina di sepanjang Jalan Ke Arah North Port dan West Port.
Why this petition matters
Pelabuhan Klang Selangor Darul Ehsan, telah mempunyai 3 buah Pelabuhan untuk urusan perkapalan yang kini telah berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti. Ianya juga adalah pelabuhan-pelabuhan yang sangat penting kepada ekonomi Negeri dan Negara.
Kepelbagaian aktiviti juga telah menarik pelbagai pekerja dan pengguna jalan raya ke arah laluan pergi dan balik di persekitaran jalan pergi dan balik ke arah West Port, North Port dan juga South Port.
Akibat kepelbagaian aktiviti, kepelbagaian pengangkutan juga telah berada di sepanjang perjalanan yang mana akan menimbulkan bahaya kemalangan dalam nisbah 50/50 kepada pengangkutan yang melaluinya. Salah satunya adalah jenis Motorsikal. Kekerapan Motorsikal melalui jalan-jalan ini dilihat setiap hari dan ini telah menimbulkan kemalangan yang mana bahayanya kepada penunggang yang jatuh akan berhadapan dengan kenderaan yang besar seperti Lori pembawa barang dan kontena.
Dengan ini, saya ingin membawa usul perlunya dibina laluan khas untuk motorsikal yang mesti dipisahkan dari laluan kenderaan besar, wajib dibina bagi mengurangkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya di sekitar arah laluan pergi dan balik West Port (Pelabuhan Barat) dan North Port (Pelabuhan utara) dari arah mula persimpangan yang perlu diambil kira dan pelan terperinci oleh Kementerian terlibat dan PBT tempatan.