Membantah Sistem Pembayaran Baharu yang Diperkenalkan Oleh LalaMove

Membantah Sistem Pembayaran Baharu yang Diperkenalkan Oleh LalaMove

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Wakil Rider started this petition to Lalamove

Tujuan petisyen ini diwujudkan bagi mendapatkan seberapa ramai sokongan daripada rider Lalamove untuk membantah sistem pembayaran baharu yang diperkenalkan.

Sebelum ini kiraan pembayaran dikira bagi 10km ke atas ialah 1km=1RM, namun selepas sistem bayaran baharu diperkenalkan, ianya telah menjejaskan nilai yang diperoleh oleh rider kepada 1km=0.80Rm (Ditambah pula dengan nilai komisyen 21.5% yang di ambil Lalamove)

Kami merasakan perkara ini amatlah tidak wajar dilakukan oleh Lalamove kerana menindas rider yang selama ini membantu memajukan syarikat dan telah menyebabkan pendapatan rider separuh masa serta sepenuh masa terjejas dengan perkenalan sistem baharu ini

Disebabkan itu, petisyen ini diwujudkan bagi mendapatkan sokongan daripada semua rider Lalamove dan petisyen ini akan dibawa ke pihak pengurusan Lalamove bagi menunjukkan jumlah sokongan rider Lalamove yang membantah perkenalan sistem pembayaran baharu ini

[Petisyen ini akan dibuka selama 3 hari bermula pada 12:00 am Jumaat, 2 April sehingga Isnin, 5 April ketika sesi perhimpunan aman yang dilakukan di hadapan pejabat Lalamove bagi menyerahkan petisyen ini sendiri ke pihak pengurusan Lalamove]

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!