Rakyat menggesa kerajaan Malaysia dan KWSP membatalkan semua syarat pengeluaran i-Sinar

0 have signed. Let’s get to 15,000!


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sejak Mac 2020 dan Darurat seluruh Malaysia dijangkakan berlangsung sehingga Ogos 2021 sangat memberi impak besar pada kedudukan kewangan serta taraf hidup rakyat dan keluarga mereka. Kerajaan Malaysia yang mengumumkan pelaksanaan pengeluaran wang simpanan Akaun Satu pencarum dalam KWSP dikenali sebagai i-Sinar dilihat mampu membantu mengurangkan kesusahan dan penderitaan para pencarum yang mengalami pengurangan pendapatan dan upah serta ada kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh PKP ini. Namun, pihak KWSP meletakkan syarat-syarat yang menyukarkan pencarum yang tampil bermasalah dari berbilang ragam dan situasi yang berlainan berakhir dengan memberi kesukaran buat rakyat ini mengeluarkan wang simpanan mereka terutamanya Kategori 2. Kami rakyat Malaysia yang menjadi pencarum KWSP mahu menggesa Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan pengurusan KWSP untuk membatalkan semua syarat pengeluaran berkaitan dengan i-Sinar selagi mana wang pencarum adalah mencukupi di dalam akaun Satu sebagaimana mudahnya pengeluaran i-Lestari tanpa kerajaan dan KWSP berdalih lagi!