PINDAHAN & BANTAHAN PERINCIAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 1

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Bantahan mengenai perincian dan syarat pengeluaran Akaun 1 yang diumumkan pada 2 Disember 2020 terutamanya bagi “Kategori 2”

Perincian ini seakan tidak adil kepada pencarum lain yang memerlukan terutamanya bagi kategori 2. Terdapat ramai pencarum yang terkesan dan tidak layak disebabkan syarat perlu potongan melebihi 30%!

Justeru, sebagai salah seorang pencarum KWSP , kami dengan yakinnya menuntut untuk :

1. PINDAH / BATALKAN SYARAT KATEGORI 2 - “Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020.”

SYARAT INI TIDAK ADIL BAGI MEREKA YANG DIPOTONG / DIKURANGKAN GAJI , ELAUN , KERJA LEBIH MASA tidak melebihi 30%

2. TUNTUTAN AGAR PENERIMA i-LESTARI SECARA AUTOMATIK MENDAPAT KEMUDAHAN i-SINAR.

PENERIMA i-LESTARI YANG BERNIAT UNTUK MENGELUARKAN AKAUN 1 i-SINAR BOLEH MEMBERIKAN PERSETUJUAN PENGELUARAN MELALUI CARA YANG SAMA DENGAN PERMOHONAN i-SINAR / i-LESTARI (TANPA SYARAT SEPERTI POTONGAN 30% ATAU LEBIH!)

SEKIAN TERIMA KASIH