Petition Closed

Ketua Xi Jinping China: Bebaskan Nobel yang ditahan, Liu Xiaobo dan isterinya, Liu Xia

This petition had 452,432 supporters


Liu Xiaobo ialah satu intelek Cina terkemuka, aktivis demokrasi, dan satu-satunya pemenang Anugerah Nobel Keamanan. Sebagai pemenang Anugerah Noble, Amnesty International meminta anda menyertai kami dan 134 Pemenang Nobel yang lain untuk menandatangani satu petisyen yang dimulakan oleh Desmond Tutu dalam menuntut pemimpin China Xi Jinping membebaskan Liu Xiaobo dan isterinya, Liu Xia yang kini dikenakan hukuman tahanan dalam rumah.


Dr. Liu, seorang aktivis hak asasi yang berpengalaman, telah menerima hukuman penjara 11 tahun pada 2009 selepas beliau membantu menulis Charter '08, satu manifesto politik, yang menyebarkan reformasi demokrasi aman dan menyeru agar hak asasi manusia di China lebih dihormati dan menghapuskan undang-undang satu pihak. Selepas menahan Dr. Liu, polis menahan beliau tanpa sebarang sebab dan tidak dibenarkan mendapat akses peguam untuk 6 bulan. Semasa perbicaraan, Kerajaan menghalang isteri Dr. Liu, diplomat-diplomat asing, dan media daripada menghadiri perbicaraan.
Pada 8 Oktober 2010, Jawatankuasa Nobel Norway mengambil langkah berani dengan menganugerahkan Dr. Liu, satu anugerah Keamanan hasil daripada perjuangannya yang sekian lama dan tidak berunsur keganasan dalam bidang hak asasi manusia di China.”


Daripada meraikan penganugerahan yang diterima salah seorang warganegaranya, Polis meletakkan isteri Dr. Liu, Liu Xia, di bawah penahanan dalam rumah tanpa sebarang sebab atau proses undang – undang yang sewajarnya dan mereka menghalang diplomat- diplomat dan wartawan daripada menemuinya.


Dua tahun kemudian, Dr. Liu dan Liu Xia masih dalam tahanan. Walaupun Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu menyatakan penahanan pasangan suami isteri ini mencabuli undang-undang antarabangsa, Kerajaan terus menyekat mereka dari dunia luar.

Pencabulan hak asasi untuk proses sewajarnya dan kebebasan bersuara mestilah diambil tindakan secara meluas melalui tekanan masyarakat antarabangsa. Oleh itu, Amnesty International dan 134 rakan Nobel Laureates yang lain telah bersatu untuk menggesa pembebasan mereka dengan segera dan tanpa syarat.

Sertai kami dengan menandatangani petisyen ini untuk bakal pemimpin China Xi Jinping. Kami yakin penyertaan anda dengan menghantar satu mesej yang jelas untuk kerajaan China bahawa penahanan berterusan dengan memenjarakan Pemenang Anugerah Nobel Keamanan dan isterinya—pencabulan nyata hak asasi mereka untuk kebebasan bersuara dan proses undang-undang yang sewajarnya—tidak akan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Sertai kami dalam memupuk kepimpinan baru China tentang kesedaran hak asasi manusia mesti dihormati di mana jua.

Sudah tiba masanya untuk membebaskan Liu Xiaobo dan Liu Xia

Amnesty International
Satu pergerakan penyokong dan aktivis hak asasi manusia antarabangsa.



Today: Amnesty International is counting on you

Amnesty International needs your help with “Ketua Xi Jinping China: Bebaskan Nobel yang ditahan, Liu Xiaobo dan isterinya, Liu Xia”. Join Amnesty International and 452,431 supporters today.