PELANGGARAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) OLEH MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN EXCO

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu perintah iaitu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dalam usaha menangani wabak COVID-19. Setelah beberapa minggu hampir 15,000 orang telah ditahan dan ada yang telah diambil tindakan undang-undang atas sebab gagal mematuhi arahan ini. Namun baru-baru ini tersebar gambar-gambar di media sosial terdapat Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat yang gagal mematuhi arahan PKP ini. 

Oleh itu petisyen ini adalah bertujuan untuk memohon perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia serta mendesak YAB Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pengarah kesihatan Malaysia untuk melihat, menyiasat dan mengambil tindakan keras di atas perlakuan pelanggaran perintah ini oleh kalangan pemimpin-pemimpin Negara.

Tindakan para pemimpin Negara dan Negeri akan menjadi contoh ikutan rakyat. Maka satu tindakan keras perlu diambil ke atas mereka yang terlibat untuk dijadikan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia dan sebagai tanda keadilan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah dihukum di bawah Perintah Kawalan Pergerakkan ini.