#BEBASKAN UKM: TUNTUTAN MAHASISWA KE ARAH PEMBAHARUAN INSTITUSI

0 have signed. Let’s get to 1,000!


1     Dasar penginapan kolej kediaman

Setiap tahun jumlah kemasukan prasiswazah semakin meningkat. Hal ini menyebabkan saingan untuk penempatan di kolej kediaman. Selain itu meningkatnya kos sara hidup mahasiswa pada hari ini, mahasiswa tidak dapat menampung kadar sewa penginapan luar universiti. Bukan itu sahaja, isu buang kolej atas dasar spekulasi politik menyebabkan mahasiswa diugut dan dibuang kolej jika tidak bersefahaman.

Pihak pentadbiran universiti perlulah memantau keputusan pentadbiran kolej kediaman menguruskan penginapan mahasiswa dengan lebih tulus supaya tidak berlaku isu berat sebelah terhadap sesebuah pihak.

2     Mahasiswa mempunyai kuasa terhad

Dengan termaktubnya Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU), suara mahasiswa disekat, malah ada juga yang diugut dan dilabel sebagai penentang kerajaan. Setiap aduan yang disuarakan tidak diambil peduli malah mahasiswa juga tidak berani untuk menyuarakan aduan kerana identiti mereka tidak dirahsiakan. Selain itu, mahasiswa juga tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan mengenai pekeliling yang dikeluarkan oleh pentadbiran universiti.

Seksyen 16 (1) AUKU memperuntukkan bahawa sekiranya Naib Canselor berpendapat bahawa mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusan dengan cara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, beliau boleh menggantung atau membubarkan mereka. Seksyen 16B (2) memberi kuasa yang terlampau besar kepada Naib Canselor di mana beliau mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib. Ini mewujudkan satu keadaan di mana kuasa yang begitu berat berlegar di tangan seorang Naib Canselor.

 Akta Universiti Kolej Universiti perlu dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah perundangan yang memberi ruang kepada mahasiswa untuk bersikap kritikal dalam menyuarakan permasalahan kepada universiti dan kerajaan. Suara mahasiswa bukan sebagai pencadang tetapi mereka juga berhak untuk membuat keputusan supaya kedudukan mahasiswa setara dengan stakeholders.

3     Pilihan Raya Kampus

Seterusnya, ketika berlangsungnya pilihanraya kampus tempoh hari, terdapat beberapa aktiviti mencurigakan yang membawa kepada ketidaktelusan berlaku. Walaupun laporan telah dibuat, namun tidak diendahkan oleh pihak tertentu. Amalan demokrasi dalam pilihan raya kampus perlu ditegakkan demi memastikan representasi yang adil bagi mahasiswa 

Penglibatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) universiti perlu ditadbir oleh organisasi bebas dan diuruskan dengan telus. Universiti berperanan sebagai gedung ilmu dan tidak terlibat dengan sebarang campur tangan politik. 

 



Today: Demokrat is counting on you

Demokrat UKM needs your help with “Kerajaan Persekutuan Malaysia: #BEBASKAN UKM: TUNTUTAN MAHASISWA KE ARAH PEMBAHARUAN INSTITUSI”. Join Demokrat and 502 supporters today.