HENTIKAN dengan serta merta pembangunan di kawasan Hutan Simpanan Kekal

0 have signed. Let’s get to 2,500!

chong yee shan
chong yee shan signed this petition

HUTAN SIMPAN KEKAL HARUS DILINDUNGI BUKAN DIMUSNAHKAN DAN DIEKSPLOITASI

Tahukan anda?

Pada dasarnya Kerajaan Negeri Perak telah zonkan seluas 35,000 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal untuk pembangunan ladang hutan! (35,000 hektar iaitu sebanyak 35,000 padang bola sepak!) Antaranya, seluas 7, 828 hektar telah diusahakan. Baki seluas 27,172 hektar  kawasan Hutan Simpanan Kekal kini pada bila-bila masa sahaja akan dibangunkan sebagai ladang-ladang hutan!

Siapa akan lindungi hutan kita untuk anak cucu kita?

Jelaslah kita tidak boleh mengharapkan kerajaan sahaja. Masyarakat ada peranan penting.  Marilah kita bersama-sama menuntut kepada kerajaan: 

  1. Batalkan cadangan membangunkan ladang ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong, Hutan Simpan Bukit Kinta dan lain-lain hutan simpan di negeri Perak.
  2. Lakukan usaha pemuliharaan (reforestation) di kawasan 10 hektar di lereng Bukit Kledang dan warta sebagai Hutan Simpanan Kekal.
  3. WUJUDKAN DASAR UNTUK KONSULTASI AWAM UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN ORANG AWAM DAN MASYARAKAT SIVIL UNTUK PROJEK YANG MELIBATKAN HUTAN SIMPANAN KEKAL (seperti diamalkan di Negeri Selangor).
     

Versi Melayu sila rujuk sini : http://bit.ly/2Ubmrnv

தமிழ் பதிப்பிற்கு இங்கே கிளிக் செய்க: http://bit.ly/2KSp1Ma

华语版本请点击这里:http://bit.ly/30B9x4I

English Version please click here: http://bit.ly/340WPhF