#Solidariti MPMP: Kumpulan Mahasiswa Jangan Dipergunakan

#Solidariti MPMP: Kumpulan Mahasiswa Jangan Dipergunakan

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Jauwad Aziz started this petition to Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Kumpulan Mahasiswa Jangan Dipergunakan atau Diperkudakan

Begitulah perumpamaan jelas yang boleh diungkap apabila setiap kali perubahan demi perubahan dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Kumpulan mahasiswa akan diambil dan dijaga bila perlu. Disisih dan dibuang bila tiada kepentingan.

Perkara ini jelas mengecewakan banyak pihak terutamanya Mahasiswa Perak apabila Majlis Perundingan Mahsiswa Perak (MPMP) yang telah berusia 9 tahun ditunjukkan jalan mati dalam memanifestasikan suara mahasiswa di medium dan saluran yang rasmi serta betul.

Ringkasnya, sejarahnya MPMP ini, ia bermula dengan istilah from bottom to top iaitu dari suara mahasiswa Perak bermula dari Himpunan Mahasiswa Anak Perak di Bukit Jana sehingga ke Sidang Pleno yang bertujuan untuk mencari satu garis permulaan menaikkan imej mahasiswa supaya lebih didengari oleh kerajaan negeri Perak.

Malangnya, MPMP semakin malap dan berkubur sejak pengambilalihan tampuk pemerintahan negeri oleh kerajaan yang baru. Ditambah pula dengan perasmian Sekretariat Mahasiswa Perak baru-baru ini oleh kerajaan negeri berjaya merungkai persoalan dibenak kebanyakkan mahasiswa Perak ke mana kesudahannya MPMP.

Apa yang paling mendukacitakan, tenyata sekretariat ini bukan dari suara akar umbi mahasiswa tetapi datangnya “from upper to bottom”. Kami yakin dan pasti sekretariat ini tidak ubah seperti menjadi menjadi kaki dan tangan orang politik untuk mileage mereka semata-mata.

Sebagai Mahasiswa Perak, kami bertegas kepada kerajaan negeri, jangan jadikan kumpulan Mahasiswa ini seperti boneka atau bulu tangkis yang boleh dipukul ke sana ke sini demi kepentingan politik dan jawatan.

Kami menuntut kepada kerajaan negeri hari ini, demi kelangsungan mahasiswa dan kebebasan bersuara mahasiswa, teruskan wadah terbaik yang telah wujud sebelum ini. Mahasiswa bukan inginkan PROJEK, DANA atau KEPENTINGAN DALAM POLITIK tapi cukup mendengar suara mahasiswa yang ingin menjadikan negeri dan negera ini lebih baik dan maju di masa hadapan.

“Biarkan air sungai menggalir mengikut haluannya. Jangan diletakkan halangan ditengah laluan. Sekali ia bah tanah pasti berubah.

Mahasiswa Perak.

#Solidariti #MPMP #MahasiswaPerak #Bangkit #LawanTetapLawan

0 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!