Bantahan Lockdown Kelantan

Bantahan Lockdown Kelantan

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Dato'seri Dr Fared Ghani Channel started this petition to Kerajaan Negeri Kelantan

Petition ini adalah satu bantahan untuk mengelakkan Negeri  Kelantan meneruskan permohonan untuk  pelaksanaan  Lockdown.  Hal ini kerana Kerajaan masih mempunyai pilihan lain bagi memastikan angka jangkitan Covid-19 harian yang tinggi ketika ini dikawal dan tidak perlu melaksanakan “lockdown” di negeri Kelantan. Sekiranya di teliti dengan lebih jelas “Lockdown”  bukanlah cara penyelesaian yang terbaik kerana ia akan memberi impak negatif kepada rakyat dan sektor ekonomi  negeri  Kelantan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

“Selain itu, usaha yang kerajaan lakukan sebelum ini dengan mengeluarkan belanja besar sebanyak RM320 bilion sebagai suntikan fiskal untuk merangsang ekonomi sejak penularan Covid-19 akan menjadi sia-sia,” sekiranya  lockdown ini terlaksana  ia akan menjejaskan usaha pemulihan itu kerana seolah-olah kita kembali kepada titik permulaan.

Secara tidak lansung  situasi tersebut akan membuatkan rakyat negeri Kelantan akan terkesan dengan keadaan ekonomi semasa akan bertambah miskin, selain memberi kesan kepada keseluruhan rantaian ekonomi. Memang tidak dapat di nafikan bahawa penguatkuasaan “lockdown”  akan mengurangkan penularan kes dan memulihkan ekonomi untuk jangka pendek tetapi untuk jangka masa sederhana dan panjang ia akan beri kesan negatif yang besar.

Penyelesaian dan pencegahan yang utama dalam penularan wabak ini adalah peranan rakyat itu sendiri. Rakyat perlu di beri kesedaran agar mengurangkan pergerakan keluar rumah, patuh pada penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

 

 

 

 

 

 

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!