Sokongan Wajibkan Vaksin Program Imunisasi Kebangsaan

0 have signed. Let’s get to 150,000!


SOKONGAN WAJIBKAN VAKSIN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). EPI menggalakkan semua negara memberi imunisasi kepada 6 penyakit kanak-kanak, bagaimanapun Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia telah menambah perlindungan untuk 12 penyakit majoriti kanak-kanak. Program Imunisasi Kebangsan adalah disubsidi sepenuhnya kepada semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia [1]. 

Sejak beberapa tahun yang lalu, didapati berlakunya peningkatan penularan penyakit cegahan vaksin, contohnya Demam Campak (Measles) [2] dan Difteria [3]. Ini adalah satu malapetaka yang semakin meruncing kerana penyakit ini membawa kepada beberapa kematian dalam kalangan kanak-kanak.

Antara faktor penyumbang kepada penularan semula penyakit ini yang dikenalpasti dalam kajian global ialah berleluasanya golongan antivaksin yang bukan sahaja enggan mengambil vaksin, malah mempengaruhi ibu bapa lain untuk turut menolak vaksin [4]. Penolakan vaksin telah menghakis keberkesanan imuniti berkelompok yang terbukti mencegah penularan penyakit cegahan vaksin [4]. Data Malaysia terkini menunjukkan liputan imunisasi bagi MMR bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun secara umumnya hanya sekitar 88% sahaja [5]. 

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia melalui infografik oleh Unit Komunikasi Korporat [2] menunjukkan kes Demam Campak (Measles) meningkat sebanyak 891.8% dari tahun 2013 [195 kes (125 kes tiada imunisasi)] hingga tahun 2018 [1934 kes (1467 kes tiada imunisasi)]. Jumlah kematian kerana tiada vaksin pada 2018 ialah :

• Demam Campak (Measles): 6 kes

• Difteria: 4 kes 

• Batuk Kokol: 19 kes

BUKTI KEBERKESANAN PROGRAM VAKSIN MANDATORI

Pada tahun 2016, kerajaan Australia menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang "No Jab, No Pay, No Play" [6] bagi memastikan setiap keluarga yang ingin mendapatkan kelebihan penjagaan anak dan pelepasan cukai, dimestikan melengkapkan imunisasi anak-anak mereka. Ia juga mewajibkan setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan / taska, untuk mendapatkan vaksin dengan lengkap.

Negeri Victoria, Australia mencatatkan kadar liputan imunisasi sebanyak 92.85% sebelum polisi ini diperkenalkan. Pada tahun 2018, dua tahun selepas polisi tersebut dilaksanakan, kadar liputan imunisasi di negeri ini meningkat kepada 95.7% [7]. Data ini menunjukkan keberkesanan program mandatori vaksin, atau seumpamanya melalui langkah penguatkuasaan undang-undang, bagi memastikan kadar liputan vaksin kekal tinggi dan mencegah penularan penyakit yang boleh dicegah.

'Political Will' kerajaan Australia dalam memperkenalkan polisi 'No Jab, No Pay, No Play' boleh dijadikan salah satu contoh dalam melaksanakan polisi vaksin mandatori di Malaysia.

SOKONGAN PENUH KEPADA USUL MEWAJIBKAN VAKSIN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

Sehubungan dengan itu, kami menyokong sepenuhnya cadangan dan pendirian Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk mengetengahkan usul mewajibkan pengambilan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan selaras dengan cadangan daripada banyak pihak.

Kerajaan Malaysia perlu segera merangka akta baru atau meminda akta sedia ada bagi mewajibkan pengambilan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan ke arah Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.

 

Rujukan:

1. https://immunise4life.my/perlindungan-asas-program-imunisasi-kebangsaan-nip/?lang=ms

2. Facebook Rasmi  Kementerian Kesihatan Malaysia: https://www.facebook.com/373560576236/posts/10155819039771237/

3. kpkesihatan.com/2019/02/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-februari-2019-kejadian-kes-kematian-difteria-di-johor-bahru/amp/

4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6122668/

5. http://www.moh.gov.my/resources/index/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/Petunjuk%20Kesihatan/Petunjuk_Kesihatan_2018.pdf

6. https://parlinfo.aph.gov.au/parlInfo/download/media/pressrel/3770236/upload_binary/3770236.pdf;fileType=application%2Fpdf#search=%22media/pressrel/3770236%22

7. https://www.premier.vic.gov.au/victoria-leads-the-nation-when-it-comes-to-vaccination-rates

KEMASKINI TERBARU

PETISYEN INI DISOKONG OLEH

  1. Pertubuhan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia)
  2. ASEAN Commission For the Promotion and Protection of the Right of Women and Children
  3. Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia
  4. Public Health Malaysia
  5. Delegation Of Nurses
  6. The Dressar & Co
  7. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
  8. IKRAM Health
  9. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik)
  10. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
  11. Malaysian Male Nurses (MMN)
  12. Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)
  13. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
  14. Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY)

Kepada NGO atau pihak yang berminat untuk turut menyatakan sokongan kepada petisyen ini, boleh menghubungi kami melalui emel di : medical.mythbusters.malaysia@gmail.com

Rakan-rakan media yang berhasrat menghubungi kami, juga turut boleh menggunakan emel di atas, atau melalui FB rasmi kami : https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia

 

 



Today: Medical Mythbusters Malaysia is counting on you

Medical Mythbusters Malaysia M3 needs your help with “Kerajaan Malaysia: Sokongan Wajibkan Vaksin Program Imunisasi Kebangsaan”. Join Medical Mythbusters Malaysia and 120,764 supporters today.