Rakyat Desak Lucut Kewarganegaraan kepada Dalang Sindiket Jual MyKad lengkap database JPN

0 have signed. Let’s get to 35,000!


KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT AGAR KERAJAAN MALAYSIA MEMBERI HUKUMAN YANG LEBIH BERAT KEPADA PENGKHIANAT NEGARA YANG MENJUAL MYKAD & SURAT BERANAK LENGKAP DATABASE DARI JPN KEPADA WARGANEGARA CHINA DAN INDIA

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu sindiket penjualan MyKad & surat beranak yang lengkap database dari JPN  kepada warganegara asing dari negara China [1] dan warganegara asing dari negara India [2] yang didalangi oleh kakitangan kerajaan JPN dan beberapa orang ahli perniagaan tempatan. Tertuduh telah disabit kesalahan di Mahkamah Sesyen George Town, di Pulau Pinang [3] di bawah:

Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007

  • Kakitangan Kerajaan JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34, ahli perniagaan bergelar Datuk, Lai Chin Wah, 56, warga emas Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, bersama menantunya Chien Guan Chai, 36, Loh Chan Cheong, 34, dan Yap Cheng Wah, 44. Mereka boleh dikenakan hukuman penjara di antara 7 dan 15 tahun, serta denda di antara RM50,000 dan RM500,000, atau kedua-duanya sekali;

Seksyen 466 Kanun Keseksaan itu turut dibaca bersama Seksyen 109 Kanun

  • lima daripada mereka diperuntukkan hukuman maksima 7 tahun penjara, dan juga boleh dikenakan denda;

Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990

  • Ahli perniagaan bergelar Datuk, Lai Chin Wah, bersama Mohd Faizal, Chien, Loh dan Yap didakwa atas beberapa pertuduhan memalsukan dan menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan, serta bersubahat dengan Mohd Faizul. Jika disabitkan kesalahan dibawah peraturan berkenaan, kesemua mereka berhadapan hukuman penjara maksima tiga tahun, atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Hukuman penjara dan denda yang dinyatakan di atas adalah tidak setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan kerana pengkhianatan negara (menjual maruah negara) adalah isu yang serius dan memberi kesan buruk kepada negara Malaysia [4], [5]. Bilangan MyKad dan surat beranak yang didaftarkan dalam database Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dijual kepada warga asing bukan satu atau dua sahaja, tapi ramai lagi sebenarnya [6]. Berapa banyak lagi yang sudah terjual kepada warga asing masih belum diketahui dan masih dalam siasatan polis. Jenayah ini berkemungkinan ada perkaitan dengan data sebanyak 95% pelancong (76,258 + 39,806 = 116,064 orang) dari negara China dan India yang tiada rekod keluar di negara Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018 [7], [8].

Sehubungan dengan itu, hukuman berat perlu dilaksanakan kepada KESEMUA TERTUDUH yang mengkhianati negara dalam satu kategori sahaja samada lucut taraf kewarganegaraan / penjara seumur hidup / gantung mandatori [9] agar tidak berlaku pengkhianatan lagi pada masa akan datang. Dengan hukuman ini juga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berintegriti, keluhuran dan amanah apabila menjalankan atau memikul sesuatu tanggungjawab.

1. Oleh itu, kami menyeru Kerajaan Malaysia apabila perbicaraan kes sindiket jual MyKad ini disebut semula pada April 2020 [10] yang tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat memberi hukuman setimpal iaitu samada MELUCUT TARAF KEWARGANEGARAAN MALAYSIA atau penjara seumur hidup atau gantung mandatori yang mengkhianati negara.

2. Dengan hukuman berat seperti pelucutan taraf kewarganegaraan & dibuang negara kepada dalang sindiket MyKad (kakitangan kerajaan JPN dan beberapa ahli perniagaan tempatan yang terlibat) dapat mengelakkan berlaku sindiket jual MyKad pada masa akan datang. Hukuman berat seperti pelucutan taraf kewarganegaraan ada dinyatakan dalam Perkara 25 (1) (a) menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan [11].

3. Kami mendesak juga kepada kerajaan Malaysia agar undang-undang Jenayah & Sivil digubal semula supaya tidak terlalu ringan sehingga tiada hukuman sebatan kepada pesalah rasuah [12]. Rentetan dari itu, undang-undang tersebut perlu digubal semula supaya hukuman yang setimpal seperti gantung mandatori dijatuhkan kepada kes jenayah yang besar iaitu perasuah dan pengkhianat negara [13]. Hukuman berat ke atas penjenayah rasuah perlu dicontohi seperti negara China yang menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah & pelindung jenayah rasuah kerana mereka mengkhianati bangsa dan negara [14]. Oleh itu, dengan memberi hukuman gantung mandatori kepada perasuah dapat membanteras rasuah. Negara Malaysia yang bebas rasuah dapat merealisasikan impian Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan makmur seperti disarankan dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 [15], [16], [17].

4. Kami mendesak sekali lagi kepada kerajaan Malaysia agar lebih tegas menangani isu pengkhianat negara dan rasuah kerana ianya mencabul kedaulatan negara. Tindakan menjual MyKad dan sijil lahir kepada warga asing disifatkan sebagai satu pengkhianatan besar kepada negara [18].

Mari rakyat Malaysia, kita viral, SHARE dan sebarkan segera sebagai mendesak Kerajaan Malaysia lebih tegas menguatkuasa undang-undang kepada pengkhianat negara.

Sekian dari Sekretariat Pertahan Malaysia

#SayangiMalaysiaku
#KitaBantuKerajaanMalaysia

SHARE dan SEBARKAN