Mansuh CUKAI DIGITAL pada Pengguna Lazada,Shopee,FB, Google,YouTube dsb - Rakyat Terbeban!

Mansuh CUKAI DIGITAL pada Pengguna Lazada,Shopee,FB, Google,YouTube dsb - Rakyat Terbeban!

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Anti-Penyusahan Rakyat (AR) started this petition to Kerajaan MALAYSIA and

Mulai 1 Januari 2020, Kerajaan Malaysia mula melaksanakan “Cukai (Perkhidmatan) Digital” ke atas semua barang & khidmat yang dibeli atau dilanggan “online” (di Internet/smartphone) seperti Lazada, Shopee, Facebook, Instagram, Google, YouTube, Netflix, Spotify, dsb.

Namun begitu, cukai baru itu hanya membebankan atau menyusahkan lagi rakyat jelata yang sedang menghadapi krisis “KOS HIDUP” yang kian meningkat terutamanya apabila ekonomi makin teruk dan pelbagai kenaikan dijangka berlaku pada 2020 seperti kos pos, cukai petak, cukai taksiran/pintu, tarif air, dll.

Sebagai contoh, jika dulu kita hanya perlu membayar RM25 untuk RM20 (harga barang) + RM5 (kos penghantaran) bila membeli online tapi mulai 2020, rakyat (pengguna) terpaksa membayar 6% tambahan untuk cukai yang dipanggil “Cukai (Perkhidmatan) Digital. Jika ambil kira SST (“Cukai Jualan” yang tak dinyatakan dalam resit/transaksi), pengguna sudah pun dicaj antara 5% hingga 10%. Ia bermaksud, jumlah cukai sebenar yang rakyat (pembeli) perlu tanggung adalah antara 11% hingga 16%.

Pernyataan berikut adalah tak masuk akal kerana yang sebenarnya membayar CUKAI itu ialah PENGGUNA/PEMBELI/PELANGGAN (bukannya penyedia perkhidmatan sama ada oleh syarikat tempatan mahupun syarikat dari luar negara):

“Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai ini, tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai ini.” - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (Awani, 8 April 2019).

Maka, rakyat Malaysia menandatangani petisyen ini dengan harapan agar Kerajaan Malaysia dapat menghentikan perbuatan “CEKIK DARAH” itu yang dilakukan terhadap rakyat/pengguna Malaysia yang kian hari kian dihimpit peningkatan KOS HIDUP. Jika benar Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap rakyatnya, wajarlah CUKAI DIGITAL itu dimansuhkan.


Daripada:
FB page: Anti-Penyusahan Rakyat - AR  (https://www.facebook.com/Anti-Penyusahan-Rakyat-AR-108915117296209/

FB group: Kumpulan Anti-Penyusahan Rakyat - KAR (https://www.facebook.com/groups/494032754580104/

FB page tanda bantahan Cukai Digital:
Bantah CUKAI Digital pada Pembeli Lazada, Shopee dsb - Beban Rakyat @bantahCukaiDigital (https://www.facebook.com/bantahCukaiDigital/)


p/s: ANDA semua DIJEMPUT sertai AR, KAR dan FB page @bantahCukaiDigital sebagai tanda perpaduan terhadap bantahan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang menyusahkan rakyat terutamanya Cukai Digital.

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!