Kembalikan Pondok Tambah Nilai Touch N Go!!!!

Kembalikan Pondok Tambah Nilai Touch N Go!!!!
Why this petition matters

Baru-baru ini kerajaan telah mengambil keputusan untuk menghentikan Operasi Tambah Nilai Touch N Go di kebanyakan Pondok Tol.
Tindakan tergesa-gesa tanpa minta dan tanpa terima pandangan rakyat marhaen amat menyakitkan hati kami. Telah terjadi banyak insiden tidak cukup baki tambah nilai dalam kad touch n go, pengguna lebuhraya perlu berhentikan kereta dan berlari ke pejabat PLUS untuk dapatkan topup. Ini mengakibatkan KESESAKAN yang teruk dan menyusahkan pengguna-pengguna lebuhraya.
Sepatutnya Kerajaan yang ada sekarang memudahkan urusan rakyat, bukan menyusahkan rakyat, bayangkan jika ada kes kecemasan, ibu nak beranak, orang sakit, dan sebagainya, terpaksa beratur panjang dek kerana polisi bodoh kerajaan yang menyusahkan rakyat.
Kami desak kembalikan semula pondok tambah nilai touch n go bagi memudah dan melancarkan urusan kami. Jangan hanya tau kutip duit saja, tapi bab perlaksanaan menyusahkan rakyat! Tak fikir kebajikan rakyat.
Jangan jadi bodoh wahai kerajaan!!!