Ketidakcekapan sistem pengangkutan bas awam di Putrajaya

0 have signed. Let’s get to 200!


Kami dijanjikan perkhidmatan bas awam yang cekap di Putrajaya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Antara masalah yang sering dihadapi setiap hari:

Kami sering terpaksa menunggu bas sehingga berjam-jam.

Bas pertama sepatutnya tiba pada jam 6.30 pagi setiap hari bekerja ke Kompleks Kerajaan sehingga 8.30 pagi. Time interval antara satu perjalanan ke satu perjalanan adalah 15 minit. Namun, apa yang berlaku bas tidak kunjung tiba pada masa yang ditetapkan. Pengguna bas awam terpaksa menunggu lama sehingga menyebabkan kelewatan datang ke pejabat. Begitu juga dengan jadual perjalanan bas pada waktu selepas habis bekerja yang sepatutnya bermula pada jam 4.30 petang sehingga 7.00 petang. Bas juga tidak berjalan seperti yang dijadualkan.

Kami berpendapat bahawa masalah ini tidak akan selesai hanya dengan mengambil tindakan terhadap pengendali perkhidmatan bas. Pengendali perkhidmatan bas juga berhadapan dengan pelbagai masalah. Suatu mekanisma yang lebih berkesan perlu diwujudkan untuk menjalankan perkhidmatan bas awam di Putrajaya.

Ada antara kami terpaksa menaiki teksi atau Uber untuk pergi kerja atau pulang ke rumah (kos pengangkutan bagi teksi dan uber yang tinggi berbanding bas: RM0.50). Ada sesetengah pengguna yang tinggal di luar Putrajaya tetapi bekerja di Putrajaya turut mengalami masalah yang sama.

Perkhidmatan bas awam amat diperlukan oleh kami yang tinggal di Putrajaya memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan lain untuk bergerak dalam Putrajaya terutamanya untuk pergi  dan balik dari bekerja.

Mohon kepada pihak - pihak yang berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah ketidakcekapan sistem pengangkutan bas awam di Putrajaya.

Sekian, terima kasih.



Today: Penduduk Putrajaya is counting on you

Penduduk Putrajaya Prihatin needs your help with “Kementerian Wilayah : Ketidakcekapan sistem pengangkutan bas awam di Putrajaya”. Join Penduduk Putrajaya and 119 supporters today.