Pembatalan pengajian atas talian (E-learning) di semua IPT awam dan swasta

0 have signed. Let’s get to 10,000!


Petisyen ini adalah untuk mendapat sokongan ramai oleh pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Berkaitan dengan pelanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 25 Mac 2020, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memaklumkan kepada semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta supaya menangguhkan semester semasa termasuklah inisiatif pengajian atas talian atau (e-learning). 

Cadangan untuk membatalkan pengajian atas talian ini mempunyai beberapa sebab iaitu:

  1. Malaysia tidak mempunyai sistem yang kukuh bagi menyokong pelaksanaan itu. Pada pendapat saya, IPT hendaklah menyemak sistem atas talian dan jadual waktu kuliah bagi melaksanakan sistem pengajian atas talian yang lebih efektif ini kerana perbezaan antara pengajian di dalam kelas dengan atas talian sangat besar.
  2. Dari sudut psikologi juga banyak yang terkesan, bagi sesiapa sahaja yang tinggal di rumah dan tidak dibenarkan keluar akan mengalami tekanan dan seterusnya mengalami kemurungan jika keadaan bertambah parah atau jika mereka tidak dapat mengawal emosi mereka. 
  3. Dengan perkembangan semua benda akan dilaksanakan melalui atas talian, peperiksaan akhir semester jugak akan dibuat secara atas talian dan dengan keadaan sebegini. Ramai pelajar akan terkesan dan tidak dapat menjawab soalan dengan penuh dedikasi apatah lagi membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan.
  4. Dan ada juga artikel yang menyatakan bahawa dengan pelaksanaan pengajian atas talian ini, pendedahan terhadap skrin komputer dan telefon pintar lebih meningkat dan kadar pendedahan itu bukanlah sesuatu yang bagus dalam tempoh sebegini kerana kita tidak tahu sampai bila situasi pandemik ini akan berlangsung.

Antara solusi yang telah diiktiarkan adalah untuk menangguhkan semester semasa dan meneruskan pembelajaran yang terbantut pada semester baru yang akan datang. Oleh yang demikian, saya berharap pihak kerajaan terutamanya kementerian pengajian tinggi akan mempertimbangkan cadangan ini pada waktu yang terdekat. Terima kasih