Selamatkan Nyawa Murid & Guru : Tutup Sekolah Seluruh Sabah.

Selamatkan Nyawa Murid & Guru : Tutup Sekolah Seluruh Sabah.

16,891 have signed. Let’s get to 25,000!
Started
Petition to
Kementerian Pendidikan Malaysia and

Why this petition matters

Started by Ibu Bapa Prihatin

Situasi COVID di negeri Sabah hari ke hari semakin getir dan merisaukan. 4 daerah : Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna telah ditutup sekolah , namun daerah-daerah lain di Sabah masih diarahkan menjalankan sesi persekolahan seperti biasa.

Namun, kerisauan yang ada kepada kami selaku ibu bapa adalah kes positif melibatkan guru dan pelajar semakin bertambah. Contohnya di Sandakan, beberapa buah sekolah telah diarahkan tutup berikutan ada kes positif melibatkan pelajar.

Sampai bila kerisauan ini akan dihadapi oleh ibu bapa, guru dan pelajar setiap hari? Sedangkan IPT pun ditangguhkan pendaftaran masuk pelajar baru dan kuliah secara maya. Di sekolah pun ada nyawa anak-anak kami dan para guru yang perlu diambil peduli.

Kami tidak rela melihat anak-anak kami menjalani proses swab test yang menyakitkan dek kerana kegagalan kita mencegah mudarat ini dari terus merebak.

Kami tidak mahu anak-anak kami terdedah dengan virus ini akibat kurangnya perhatian kepada pencegahan yang dilakukan utk membendung penularan covid 19.

Kami menuntut sekolah ditutup dengan kadar segera.

16,891 have signed. Let’s get to 25,000!