Rendahkan harga barang niaga di sekolah
Rendahkan harga barang niaga di sekolah
Setiap sekolah mesti ada kantin dan kedai buku ataupun koperasi yang menjual makanan dan juga alat tulis kepada para pelajar.Pelajar pasti akan lebih senang jika membuat belian dari kedai buku sekolah berbanding dengan kedai buku di luar dan pelajar adalah dilarang untuk membeli makanan dari luar semasa waktu persekolahan.Oleh yang demikian,harga makanan dan alat tulis yang dijual di sekolah sepatutnya lebih rendah berbanding dengan luar.Tetapi,makanan dan alat tulis yang dijual di kebanyakan sekolah pada hari ini harganya hampir sama dengan harga yang dijual di luar.Ini telah membawa banyak kesusahan kepada pelajar,guru dan ibu bapa.Selain harga yang rendah,makanan di sekolah perlulah sesuai dan dapat membekalkan nutrisi yang selengkapnya kepada pelajar.Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia pernah menyeneraikan makanan dan minuman yang perlu dilarang untuk dijual di kantin sekolah,tapi kesannya tidak besar sangat.Kita berharap bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengambil berat tentang perkara ini kerana masalah ini berkaitan secara terus dengan persekitaran belajar bagi pelajar-pelajar.