MENGKAJI SEMULA AKTA BERKAITAN KANABIS & HEMP BAGI TUJUAN PERUBATAN SERTA INDUSTRI NEGARA

0 have signed. Let’s get to 500!


CADANGAN: UNTUK MENGKAJI SEMULA AKTA BERKAITAN KANABIS DAN HEMP BAGI TUJUAN PERUBATAN SERTA INDUSTRI


DENGAN SOKONGAN PEMUDA SERTA PESAKIT DI MALAYSIA.

Kertas cadangan ini telah ditulis dan ditujukan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan agar perkara ini dapat dibahaskan, dibincangkan didalam parlimen dan seterusnya kajian dapat dilakukan disamping teknologi perubatan yang baru, ia juga memperkukuh ekonomi negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru bagi generasi sekarang dan akan datang.

Diharap agar cadangan ini mendapat perhatian penuh dari Jemaah menteri dan cabinet agar Malaysia mampu merialisasikan perubatan alternatif herba Kanabis dan Industri hemp ini.

 

Objektif

1.     Menerajui industri Hemp dan perubatan Kanabis.

2.     Membantu memperkukuhkan ekonomi Malaysia.

3.     Mewujudkan sektor dan peluang pekerjaan baru.

4.     Memberi harapan baru buat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan alternatif

 

Cadangan-cadangan yang ingin diketengahkan:-

 

1.      Permohonan supaya pihak kerajaan dapat mengkaji semula akta dadah merbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Akta Racun berkaitan kanabis dan ketum seperti berikut:

 

Ø  AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 ( Pindaan 1983 )

 

·         Seksyen 39 B (1) (A)        Mengedar Dadah Hukuman Gantung sampai mati

 

·         Seksyen 39 B (1) (B)        Mengedar & memiliki Hukuman Gantung sampai

Mati

 

·         Seksyen 39B (2)               Memiliki Dadah Hukuman Gantung sampai mati

 

·         Seksyen 39A (1)               Memiliki Dadah kuantiti sederhana kategori 2 Hukuman penjara 10 tahun dan rotan.

 

·         Seksyen 39 A (2)              Memiliki dadah kuantiti sederhana kategori. Hukuman penjara seumur hidup, Rotan mandatory minimum 10 kali.

 

·         Seksyen 12 (2)                  Memiliki dadah kuantiti kecil. Hukuman penjara 5 tahun dan rotan.

 

·         Seksyen 12 (3)                  mengedar kecil-kecillan. Hukuman penjara 7 tahun dan rotan.

 

·         Seksyen 6 (a)                    Memiliki ganja. Hukuman penjara 5 tahun.

 

Ø  AKTA RACUN 1952

 

·         Seksyen 30(3) Akta Racun 1952- Memiliki/menjual/mengimport/mengeksport, hukuman denda tidak melebihi rm 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Ini bertujuan agar kajian boleh dilakukan dan tumbuham kanabis sativa, hemp dan ketum dapat membantu dari segi perubatan alternatif, mewujudkan peluang pekerjaan baru disamping membantu mempertingkatkan ekonomi negara.

 

 

Ø  AKTA 15 AKTA HASUTAN 1948

 

·         Suatu Akta untuk memperuntukkan hukuman bagi hasutan.

 

Ini bertujuan agar setiap individu tidak merasa takut untuk menyertai perbahasan dan debat terbuka mengenai perubatan kanabis dan industry hemp. Selain itu masyarakat secara umum akan mula mengkaji kebaikan perubatan kanabis hemp dan industri hemp dan tidak terus mendiskriminasi pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan kanabis hemp ini.

 

 

2.      Menyemak semula kajian mengenai perubatan kanabis sativa dan hemp yang pernah dijalankan di luar negara.

Terdapat banyak kajian telah dijalankan oleh ramai pakar perubatan di negara luar yang boleh dijadikan rujukan dan asas kajian yang boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif untuk pelbagai jenis penyakit. Beberapa negara telah memulakan langkah dengan membuka klinik-klinik khas untuk perubatan kanabis.

            Kajian dari pakar juga mendapati komponen yang ada didalam kanbis bertindak dengan aktif melawan sel-sel cancer dengan sangat pantas dan ini akan menjadikan harapan baru pada pesakit-pesakit cancer di Malaysia.

            Selain dari penyakit cancer, perubatan kanabis juga mampu menyembuhkan pelbagai lagi penyakit seperti diabetis, gout, masalah jantung, darah tinggi, anxiety, Parkinson dan banyak lagi.

 

 Colorado U.S.A juga telah Berjaya membuka klinik-klinik perubatan marijuana dan pemantauan terhadap perkembangan pesakit terus berjalan seperti biasa hingga ke hari ini. Kerajaan Colorado U.S.A juga mengutip cukai yang tinggi untuk mengukuhkan ekonomi dan pendapatan negara dari setiap transaksi jualan kanabis kepada pesakit-pesakit yang memilih perubatan alternatif kanabis. Langkah ini merupakan langkah yang bijak dari kerajaan pimpinan Barack Obama (presiden U.S.A. ketika itu).

 

3.      Menjalankan kajian yang lebih terperinci mengenai kelebihan dan manfaat tumbuhan jenis ketum, kanabis sativa dan hemp kepada industri perubatan negara dan ekonomi negara.

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh pakar dan universiti di seluruh dunia mengenai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Selain itu tumbuhan kanabis sativa / hemp juga telah banyak membantu industry-industri lain seperti kosmetik & kecantikan, makanan kesihatan dan juga mampu membantu industri automotif negara.

 

4.      Memulakan perubatan alternatif ketum, kanabis sativa & hemp di Malaysia

Hasil dari kajian mendapati perubatan kanabis lebih berkesan terhadap penyakit-penyakit kronik dalam kalangan penggunanya dan kerajaan seharusnya mempertimbangkan keperluannya untuk rakyat Malaysia. Ianya seperti suatu keperluan kepada mereka yang menderita sakit kronik seperti cancer, anxiety, autism, slip disc dan banyak lagi.

 

5.      Mengkaji semula keperluan industri hemp dilaksanakan di Malaysia.

Hemp merupakan sejenis tumbuhan kanabis yang mempunyai kadar thc paling rendah dan digunakan dalam sektor industri. Sebagai contoh botol biodegradable, plastik biodegradable, kertas, tali, pakaian, dan pelbagai lagi yang bersifat mesra alam, selamat digunakan dan berkualiti. Botol dan plastik biodegradable mengambil masa yang lebih singkat untuk lupus sepenuhnya berbeza dari produk plastik biasa.

Tanaman hemp juga boleh diproses menjadi bahan bakar biodiesel. Ianya boleh

dimanfaatkan dan dijadikan sebagai punca baru pendapatan negara disambil memulihara alam sekitar. Serat dari pokok hemp pula boleh dijadikan bongkah hemp (hemp bricks), yang digunakan sebagai pengganti bahan pembinaan batu-bata untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Hemp bricks bersifat tahan haba dan amat sukar untuk terbakar.

Daun dari pokok hemp juga boleh dijadikan sebagai makanan kepada haiwan ternakan. Komponen Cannabidiol didalam pokok hemp mampu memberi khasiat kepada haiwan ternakan yang diusahakan oleh penternak tempatan dan menghasilkn daging mentah yang lebih berkualiti.

Industri hemp juga dilihat mampu mewujudkan sektor pekerjaan yang baru untuk generasi belia muda tempatan. Kawasan-kawasan pembalakan haram yang tidak terkawal selama ini juga dapat dimanfaatkan dan dijadikan pusat kajian dan tanaman hemp dan kanabis.

·         Industri kosmetik hemp

·         Industri makanan tambahan/kesihatan hemp

·         Industri bahan pembinaan hemp

·         Industri kraf hemp

·         Industri Bio-Diesel hemp

·         Plastik / botol Bio-degradable.

·         Industri fabrik hemp

 

1.      Hemp vs Cotton T-shirt

Ø  2,000 liters (528 gallons) atau lebih penjimatan air

Ø  Penjimatan bahan kimia dan racun perosak

Ø  Penjimatan ruang tanah dan tenaga

 

2.      Hemp oil & hemp seed oil industry

Ø  25 x lebih omega 3

Ø  Lebih sihat

Ø  Tiada Kolestrol

 

6.      Mengkaji keberkesanan tumbuhan kanabis sebagai kaedah alternatif bagi merawat ketagihan dadah dan alkohol.

 

Gejala sosial generasi muda dilihat semakin parah. Kajian juga menunjukkan sebilangan besar golongan muda belia terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dan ketagihan dadah sintetik dan alcohol. Ketagihan dadah jenis sintetik jelas memberikan kesan yang buruk kepada penggunanya serta merosakkan akhlak dan mengakibatkan mereka hilang pertimbangan. Berbeza dengan pengguna ganja rekriasi yang dilihat membuatkan penggunanya menjadi lebih tenang dan berfikiran rasional.

Penggunaan dadah jenis methadone dilihat kurang berkesan bagi merawat masalah ketagihan dadah sintetik/kimia selain memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang

 

7.      Mengubah persepsi masyarkat terhadap kelebihan dan manfaat dari pokok kanabis dan hemp.

 

Selama ini tumbuhan kanabis dilabel sebagai sejenis dadah merbahaya. Media juga sering mengeluarkan fakta yang jauh meleset mengenai tumbuhan kanabis dan hemp.  Bagaimanapun hasil kajian telah membuktikan bahawa tanaman kanabis dan hemp membawa 1000 manfaat buat manusia, haiwan dan alam sekitar.

 Inshallah, Sekian

*Dari kami team #amal Grassroot Malaysia #grm



Today: PERTUBUHAN AKAR UMBI MALAYSIA is counting on you

PERTUBUHAN AKAR UMBI MALAYSIA needs your help with “KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: MENGKAJI SEMULA AKTA BERKAITAN KANABIS & HEMP BAGI TUJUAN PERUBATAN SERTA INDUSTRI NEGARA”. Join PERTUBUHAN AKAR UMBI MALAYSIA and 350 supporters today.