MENOLAK CADANGAN MEWAJIBKAN PROGRAM IMUNISASI BAGI SEMUA KANAK-KANAK DI MALAYSIA

MENOLAK CADANGAN MEWAJIBKAN PROGRAM IMUNISASI BAGI SEMUA KANAK-KANAK DI MALAYSIA

0 have signed. Let’s get to 7,500!
At 7,500 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!
Pro Choice Malaysia started this petition to Kementerian Kesihatan Malaysia and

Kami adalah rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan cadangan mewajibkan vaksin untuk semua kanak-kanak di Malaysia.

Mewajibkan sesuatu peraturan bagi semua individu tanpa mengira latar belakang adalah menyalahi hak kemanusiaan.

Berdasarkan Piawaian Standard Akreditasi Hospital Malaysia Edisi ke-4 tahun 2013, adalah menjadi hak pesakit untuk terlibat dalam membuat keputusan bermaklumat berikutan rawatan dan hak untuk menolak rawatan yang dicadangkan.

Kami perlu didengari oleh pihak kerajaan walaupun terdiri daripada golongan minoriti. Perlu diketahui bahawa kami juga golongan yang sebelum ini bersetuju dengan Program Imunisasi Kebangsaan ini.

Umum sedia maklum bahan-bahan yang terkandung didalam proses pembuatan vaksin adalah termasuk sel haiwan (seperti lembu dan monyet), sel janin bayi yang digugurkan dan pelbagai lagi.

Pihak kerajaan perlu menghormati golongan yang memilih untuk tidak menerima bahan ini disuntik ke dalam tubuh mereka atas pelbagai alasan tersendiri samada atas faktor kesihatan, kepercayaan agama, etika dan moral, dan sebagainya.

Perlu diakui bahawa adanya kesan sampingan buruk yang wujud selepas suntikan - Adverse Event Following Immunization (AEFI). Ia mungkin jarang berlaku secara kasarnya kerana tiada atau kurangnya pelaporan, namun merupakan satu bebanan yang teramat berat bagi mereka yang melaluinya.

Sama seperti ubat-ubatan lain, AEFI telah dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan juga berat.

Kami juga ingin mendesak Kementerian Kesihatan untuk memastikan petugas di barisan hadapan cukup dari segi latihan dan kemahiran mengenai Garis Panduan Farmakovigilans Vaksin Kebangsaan (GPFKV), juga untuk pihak terbabit mengamalkan saranan memberi publisiti kepada orang awam tentang garis panduan ini dan mengambil berat laporan yang disampaikan.

GPFKV PDF: http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Garispanduan%20Farmakovigilans%20Vaksin%20untuk%20Anggota%20Kesihatan%20(Edisi%20Kedua).pdf

Malaysia mempunyai sistem pelaporan berkenaan AEFI sejak 1985, akan tetapi rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa sangat kurang pendedahan tentang hal ini  akibat kurang publisiti malah ramai para petugas kesihatan juga masih tidak tahu apa itu GPFKV.

Sehingga kini setelah 34 tahun program imunisasi dijalankan peratusan kesan sampingan buruk vaksin di Malaysia adalah 1 dalam 2.5 juta.

Pelaporan yang lemah dan tidak kemas akibat kurang latihan dan publisiti menjadikan DATA AEFI tidak direkod dengan baik dan menyebabkan status keselamatan vaksin diragui.

Di Amerika Syarikat, sehingga 14 Febuari 2019 sebanyak 430 kes kesan buruk akibat vaksin telah dilaporkan dengan teliti dan telus.

Rujuk: https://vaers.hhs.gov/eSubDownload/index.jsp?fn=2019VAERSData.csv

Di India pula, data dari tahun 2015 hingga 2017 menunjukkan 168 kes.

Rujuk: https://mohfw.gov.in/sites/default/files/cassultyassesment.pdf

Di Jepun, AEFI bagi pelalian influenza pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2530 laporan.

Rujuk :  https://www.niid.go.jp/niid/images/JJID/65-2/99.pdf

Berdasarkan fakta ini, sangat mustahil jumlahnya sangat rendah di Malaysia.

Jika benar mahu diwajibkan, kerajaan hendaklah membina program pampasan vaksin dan rakyat dibenarkan mengambil tindakan kepada pihak kerajaan yang mewajibkan vaksin jika berlaku kecederaan seperti kes adik Muhaimin yang lumpuh 5 hari selepas suntikan ATT sebagaimana disahkan pakar neurologi HUSM.

Kerajaan perlu bertanggungjawab kerana adalah mustahil untuk memulakan sebarang tindakan undang-undang keatas syarikat farmaseutikal kerana:

1. Mereka telah sedia meletakkan amaran kesan sampingan dan kontraindikasi di sisipan vaksin yang memberikan satu bentuk pengecualian.

2. Saman hendaklah dimulakan di lokasi defendan didaftarkan. Kebanyakkan syarikat farmaseutikal berada jauh di luar negara antaranya Amerika Syarikat dan India.

Maka pilihan yang ada pada rakyat adalah dengan mengambil tindakan keatas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pelaksana dan pihak ketiga yang menjalankan program imunisasi.

Kami memohon pihak kerajaan meletakkan bajet untuk pemeriksaan genetik menyeluruh untuk setiap bayi baru lahir bagi memastikan kesesuaian organ dan proses biokimia badan untuk memproses bahan kimia bahaya dalam vaksin seperti garam aluminium hidroksida, adakah mampu dikumuhkan kembali dalam tempoh yang sepatutnya.

Jika undang-undang mewajibkan vaksinasi dikuatkuasakan, maka ibubapa akan kehilangan hak rasmi ke atas anak-anak mereka (parental rights). Sedangkan ibubapa adalah penjaga sah yang memegang tanggungjawab utama.

Terlalu banyak implikasi undang- undang yang akan terlibat sekiranya vaksin diwajibkan. Hak untuk kanak-kanak mendapat pendidikan rendah juga telah termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Ini sangat bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 jika seseorang kanak-kanak itu tidak dibenarkan belajar atas sebab diskriminasi.

Hak-hak ini telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Sebarang bentuk undang-undang yang melanggar hak-hak ini adalah terkeluar daripada hak aktiviti yang dibenarkan (ultra vires) kepada Perlembagaan Malaysia dan akan menjadi tidak sah (null and void).

Kami menggesa agar kerajaan menghormati kerisauan rakyat iaitu ibu bapa, bersedia untuk mendengar dan bukan kerajaan bertindak menjadi diktator menggunakan kekerasan dan undang-undang apatah lagi menolak hak pendidikan serta hak memilih rawatan anak anak ini.

Pihak kami amat berharap dan berbesar hati sekiranya dapat diberikan peluang dan ruang untuk bertemu dengan pihak Kerajaan terutamanya KKM untuk menyampaikan pandangan dan suara hati kami ini.

Terima kasih.

 

0 have signed. Let’s get to 7,500!
At 7,500 signatures, this petition is more likely to get a reaction from the decision maker!