1 JUTA SOKONG REGULASI ROKOK ELEKTRONIK VAPE DI MALAYSIA

1 JUTA SOKONG REGULASI ROKOK ELEKTRONIK VAPE DI MALAYSIA

11,293 have signed. Let’s get to 15,000!
Started
Petition to
Kementerian Kesihatan Malaysia

Why this petition matters

Started by MYREGULASI

MESEJ KAMI (TERKINI):

BOLD | FIRM | STRAIGHTFOWARD

Pada hari ini, kami rakyat Malaysia menggesa agar kerajaan dengan segera MEMPERCEPATKAN REGULASI PENGGUNAAN DAN PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPE AGAR DAPAT DIKAWAL-SELIA BUKAN DISEKAT DI MALAYSIA.

Kami ingin menegaskan bahawa kami mahu agar regulasi ini dapat dijalankan dalam bentuk sedemikian (10 perkara):

1. Kami bersetuju - Penggunaan rokok elektronik / vape adalah HANYA bertujuan untuk RAWATAN BERHENTI MEROKOK kepada perokok sedia ada SAHAJA bukannya untuk kegunaan rekreasi atau tambahan daripada merokok konvensional.

2. Kami bersetuju - Setiap pengguna WAJIB MENDAFTARKAN DIRI di Klinik Berhenti Merokok (KBM) atau mana-mana farmasi yang menyediakan perkhidmatan berhenti merokok untuk dipantau dan diberikan nasihat serta panduan dalam perawatan berhenti merokok yang sebenar. Pengguna rokok yang berdaftar sahaja BOLEH MEMBELI peranti rokok elektronik di pasaran.

3. Kami bersetuju - Cecair nikotin hanya dibenarkan diguna (JIKA ADA KEPERLUAN) melalui preskrepsi yang dikeluarkan oleh ahli farmasi atau pegawai perubatan yang berdaftar sahaja dan cecair berkenaan boleh diambil di klinik berhenti merokok sahaja. Jika tiada keperluan penggunaan nikotin, kami bersetuju bahawa ahli farmasi dan pegawai perubatan berhak untuk tidak memberikan preskrepsi bagi menggunakannya. Sebarang penyediaan dan penjualan selain daripada tempat-tempat ini mestilah DILARANG dan boleh didakwa mengikut akta yang sedia ada.

4. Kami bersetuju - Jumlah nikotin dalam rokok elektronik / vape adalah 0.000mg bagi setiap cecair (e-liquid) dalam peranti. Kajian saintifik menunjukkan tidak ada perbezaan antara menggunakan 'non-nicotine e-cigarette' dan 'nicotine e-cigarette' untuk berhenti merokok. Jadi, memilih rokok elektronik tanpa nikotin adalah lebih selamat dalam mengurangkan ketagihan nikotin dan kesan buruk nikotin yang lain.

5. Kami bersetuju - 'Flavour' atau Perasa cecair elektronik TIDAK DIBERNARKAN ATAU DIJUAL dijual dimana-mana tempat di Malaysia.

6. Kami bersetuju - HANYA JENIS CLOSED SYSTEM Peranti rokok elektronik / vape (device) YANG BOLEH DILULUSKAN oleh Jabatan Standard Malaysia dan disahkan SIRIM bagi seluruh Malaysia untuk dibenarkan dijual di pasaran oleh para pengusaha dan pemilik perniagaan rokok elektronik / vape mulai 1 JULAI 2020 ini. 

7. Kami bersetuju - LARANGAN KERAS MEMPROMOSI rokok elektronik / vape di mana-mana media sosial, media bercetak dan media elektronik secara terbuka sepertimana larangan promosi yang dikenakan ke atas rokok konvensional.

8. Kami bersetuju - LARANGAN KERAS PENJUALAN Rokok elektronik / vape serta aksesorinya, cecair (e-liquid) dan cecair nikotin di mana-mana PLATFOM ATAS TALIAN agar produk-produk ini tidak mencapai golongan kanak-kanak, bawah umur dan juga bukan perokok (never smoke group).

9. Kami bersetuju - Kawasan larangan merokok rokok elektronik / vape adalah termaktub juga seperti larangan merokok rokok konvensional mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2014.

10. Kami bersetuju - Para peniaga dan pengusaha rokok elektronik / vape DILARANG MENJUAL peranti rokok elektronik / vape kepada golongan bawah 18 tahun.

INILAH REGULASI YANG KAMI PERJUANGKAN!

Kami sekali lagi ingin MENGGESA KERAJAAN AGAR MEREGULASI PENGGUNAAN DAN PENJUALAN VAPE SUPAYA IA DAPAT DIKAWAL-SELIA, BUKANNYA DISEKAT DAN DIHARAMKAN DI MALAYSIA.

Kami INI ingin berhenti merokok

dan

seterusnya berazam berhenti merokok vape (vaping) pula selama-lamanya.

#BerhentiMerokok
#RegulasiE-Cig

SEBARKAN kepada semua !

11,293 have signed. Let’s get to 15,000!